“Sedar-sedar je dah kenyang” – Sengkenlt seronok brgayut di mata anak sampai ‘m0ntel’, mujur petua diguna si ibu menjadi.

JIKA sebelum ini tvlar di media sosial kisah seorang kanak-kanak perempuan yang menanggvng kesakitan gara-gara sengken1t ‘berumah’ dalam telinganya, kali ini perkara seumpamanya terjadi kepada seorang lagi kanak-kanak.

Bezanya, kanak-kanak lelaki ini menjadi m4ngsa gig1tan makhlvk kecil itu pada bahagian mata kirinya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Noramanina Mohd Zulkifli berkata segala-galanya bermula apabila dia menyedari mata anak sulungnya yang berusia enam tahun itu berair.

“Tapi saya langsung tak nampak apa-apa yang aneh. Anak saya, Aqil, pun tak beritahu bahagian matanya berasa sakit atau tak selesa.

“Ketika saya keluar ke klinik sebentar menghantar datuknya dapatkan rawatan 4sma, tiba-tiba saya dapat panggilan daripada adik. Dia kata pada mata Aqil ada benda hitam.

“Selepas pulang ke rumah, saya belek mata Aqil. Rupa-rupanya ada seekor sengken1t atau kami di sini panggil ‘pirah’. Haiwan tu dah kenyang melekat di matanya. Memang kena ‘kel3pet’ matanya sikit, baru nampak. Tak tahulah dah berapa lama sengkenit tu bergayut di mata Aqil,” cerita ibu muda berusia 25 tahun ini.

Menggunakan petua yang pernah didengarinya, Noramanina segera menyapu bahagian mata kiri anaknya dengan air temb4kau bertujuan mahu membuatkan ser4ngga itu ‘jatuh’.

“Bagaimanapun petua tu tak berjaya. Kemudian, saya sapu Minyak Mustajab pula. Tak perlu tunggu lama, akhirnya ia ‘luruh’ sendiri.

“Tiba-tiba keluar pula dar4h daripada bekas gigitan ser4ngga itu. Pan1k dan bimbang jangkitan kuman, saya segera bawa Aqil ke klinik,” ujar wanita yang menetap di Bachok, Kelantan ini.

Sengkenit yang ‘bergayut’ di mata Aqil akhirnya luruh sendiri selepas disapu Minyak Mustajab.

Ibu kepada dua anak ini bersyukur apabila doktor memaklumkan tiada sebarang kecederaan serius pada bahagian mata anak lelakinya, malah memujinya kerana pantas bertindak.

“Doktor cuci bahagian luka tu beritahu, tiada kaki atau sengat sengkenit yang tertinggal di mata Aqil. Doktor kata kalau lambat, memang bahaya. Mata boleh buta kalau sengkenit tu berak atau beranak pinak,” ujarnya.

Tambahnya, dia sendiri tidak pasti punca bagaimana mata anaknya digigit makhluk halus itu, namun mengesyaki kemungkinan mendapatnya dari kawasan belukar sekitar rumahnya.

Ada juga yang kec4m, kononnya saya tarik sengkenit tu sampai berdar4h mata anak. Saya bukan nak cabut, tapi nak tahan sengkenit tu luruh dan masuk mata anak.

NORAMANINA MOHD ZULKIFLI

“Sedar-sedar je dah kenyang. Masa sengkenit tu lurvh, memang m0ntel badannya. Saya pula yang jadi ger4m dan terus peny3t.

“Anak saya tak rasa sakit pun… tapi dalam video tu dia menangis sebab takut kerana dia sendiri tak pernah kena. Itulah kali pertama pengalamannya menjadi m4ngsa gig1tan sengken1t,” ujarnya

Sekadar memuat naik video untuk kenangan dan perkongsian pengalaman, Noramanina sama sekali tidak menyangka ia meraih sehingga melebihi 190,000 jumlah tontonan.

“Saya pun tak sangka jadi viral. Saya nak simpan sebagai kenangan saja dan kongsi pengalaman. Serangga ni kita tak minta pun ia datang.

Bengkak di mata kiri Aqil semakin surut.

“Tapi ada juga yang kecam, kononnya saya tarik sengkenit tu sampai berdarah mata anak. Sebenarnya video tu separuh je. Saya bukan nak cabut, tapi saya nak tahan sengkenit tu luruh dan masuk pula mata anak.

“Tapi tak apalah, mungkin mereka tak tahu cerita sebenar. Dalam ramai-ramai yang komen, ada juga yang tak kenal rupa sengkenit.

“Alhamdulillah, mata Aqil bengk4k sehari sahaja. Esoknya dah surut dan pulih seperti biasa,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Sedar-sedar je dah kenyang” – Sengkenlt seronok brgayut di mata anak sampai ‘m0ntel’, mujur petua diguna si ibu menjadi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*