“Ramai Terkejvt, Akhirnya Vida Tampil Jawab Adakah Dia Aunty Yang Anak Shuib Maksudkan Tu..”

Sebelum ini, usahawan k.osmetik terkenal Dato Seri Vida ada mengadakan sambutan hari lahir anak sulung pasangan itu iaitu Uwais Al Qarni kerana tidak dapat memenuhi jemputan sebelum ini.

Perkara tersebut dikongsikan DS Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Membahasakan dirinya sebagai Mama Vida, sedutan video tersebut memperlihatkan anak-anak Shuib begitu mesra dengan usahawan k.osmetik itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial DS Vida memuji sifat keibuan yang ditonjolkan dalam usaha menceriakan Uwais dan juga adik-adiknya yang lain.

Ada juga komen-komen n.akal yang berharap supaya Vida berjodohan dengan Shuib dan menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Tidak kurang juga yang mengusik supaya mendapatkan restu daripada anak DS Vida iaitu Cik B sebelum berjodohan dengan Shuib.

Kuala Lumpur – Ibu kepada pelakon, pelawak dan penyanyi Shuib, Salamiah Jalani meletakkan beberapa syarat sekiranya ada wanita yang ingin berkahwin dengan anaknya yang juga suami kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Siti Sarah, Salamiah berkata, wanita itu perlu pandai memasak memandangkan menantunya seorang yang rajin memasak.

“Kalau nak kahwin dengan daddy Shuib, pertama dia mesti kena pandai masak sebab daddy kuat makan. Macam ibu Sarah kena masak pukul 2 ke 3 pagi. Sanggup ke, siapa nak kahwin dengan daddy?” katanya.

Dalam video sama, Salamiah juga menjelaskan bahawa dia bukanlah ibu mentua yang meny.ulitkan keadaan.

“Kena hadap mama, tapi mama taklah t.eruk sangat nak hadap. Kena pandai masaklah sebab Shuib kan kuat makan. Nak jaga hati suami, kena jaga perut dia. Itu sajalah kot,” katanya.

Salamiah berkata demikian sebagai menjawab kepada hasrat cucunya yang juga anak kedua Shuib dan Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra yang ingin melihat bapanya berkahwin.

“Amboi, suruh daddy kahwin? Nak mak tiri ke? B.erani ke?” soal Salamiah dalam nada bergurau dengan cucunya.

Mama Nak Jodohkan Shuib, Lihat Reaksi Talita

Semalam shuib yang juga seorang usahawan dan pelawak beritahu tidak kisah dengan pandangan netizen meng.ecam kerana sudah lali dengan situasi berkenaan.

“Bab kena k.ecam ini saya tidak kisah orang mahu cakap apa. Sebab yang rasa itu saya, selagi saya tidak kacau dan kata orang okeylah. Saya tidak boleh tutup mulut orang,” tutur Shuib.

Ditebak tentang tempoh lima bulan yang dikatakan masih terlalu awal untuk membicarakan soal jodoh, jelas Shuib dia tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain selain ibu dan keluarganya sahaja

“Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria- ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh.

“Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung?. Jadi, saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak pendapat orang.

Reaksi Orang Ramai

Semoga di permudahkn sgla urusan Aamin Ya Allah Ya Mujib. ada org kena cpat cari pengnti ad org x bole move on.. tgk dr org n cara brfikir.. kita hnya doa kn mna trbaik.. Al-fatihah buat A.rwah Siti Sarah smga tenang di sana dn di tempatkn di kalangan orang ii yg beriman Aamin.

Siapa pun pilihan Shuib, semoga dpt memberi kasih sayang

Ibu bagi ‘green light’ kahwin lagi, sekali Anak tanya bila aunty nak datang? Shuib malu-malu mengaku mula kenal seseorang

SELEPAS hampir lima bulan pemergian isteri tercinta iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lain.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, bagaimanapun berkata, hubungan itu masih terlalu baharu dan diperingkat berkawan.

“Ada kenal orang baharu, hanya berkawan dahulu buat masa sekarang”

“Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.

“Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” katanya kepada mStar.

shuibAnzalna dilantik sebagai duta tudung Loveta.

Shuib ditemui pada Majlis Pelancaran Tudung Loveta X Anzalna yang diadakan di Hotel The Ruma, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, dia sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya untuk mencari pengganti.

“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat.

Selagi tak jumpa orang baru, saya asyik terkenang dan simpan perasaan sendiri.

“Ada yang cakap terlalu awal. Ada juga yang cakap untuk saya terus bergerak,” ujarnya.

Berkongsi tentang perkembangan lain, Shuib beritahu dia kini lebih fokus pada keluarga dan perniagaan air minuman Bubble Bee yang diusahakan.

“Saya memang slow down sedikit dalam dunia seni. Ramai juga kawan-kawan yang ajak kembali.

“Namun buat masa sekarang mahu fokus kepada keluarga dan perniagaan,

“Selagi tak jumpa orang baru, saya asyik terkenang dan simpan perasaan sendiri,” jelasnya.

Shuib akan menjaga anak-anak seperti mana arwah isterinya mahukan.Shuib kini bapa tunggal kepada empat cahaya mata.

Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada tahun 2011.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Kant0i! Anak tanya bila aunty nak datang? Shuib malu-malu mengaku mula kenal seseorang

 

Tentang anak-anak mengharungi kehidupan tanpa ibu di sisi, Shuib menjelaskan, meskipun masih kecil, namun anak-anak lebih kuat berbanding dirinya.

Sedang Shuib masih berperang dengan emosi setiap kali teringatkan arwah, anak-anak sudah mampu menerima kenyataan bahawa ibu mereka telah tiada.

“Anak-anak sebenarnya sangat kuat. Saya masih menangis andai teringat, anak-anak sudah boleh bercakap tentang arwah ibu mereka dalam keadaan normal.

“Contohnya, mereka cakap rindu ibu, kemudian terus anak-anak baca al-Fatihah. Baru-baru ini, saya bawa mereka bercuti ke Pulau Pinang dan pergi ke restoran kegemaran kami sekeluarga.

“Kedudukan meja yang sama, cuma tiada arwah ibu mereka sahaja. Anak-anak boleh bercakap secara normal, ibu suka makan ini. Saya yang termenung melihat situasi tersebut,” tutur Shuib sayu.

SHUIB percaya, biar secantik mana perancangan manusia, perancangan dan ketentuan Ilahi adalah segala-galanya dan jika sudah tertulis akan berlaku sesuatu kejadian, maka tiada siapa dapat menghalang takdir.
Lelaki itu juga amat bersyukur meskipun anak keempatnya, Ayash dilahirkan pramatang, si bongsu itu berada dalam keadaan sihat dan kini mencapai berat tujuh kilogram.

“Saya tidak sabar untuk melihat dia membesar. Perjalanan indah bersamanya seperti dalam sebuah filem. Nanti dah besar, Ayash akan faham bahawa dia seorang anak yang sangat istimewa.

“Satu Malaysia tahu kisah kelahirannya yang luar biasa. Kisahnya akan diingati sampai bila-bila dan dia akan tahu betapa hebat arwah ibunya,” tutur Shuib penuh makna.

Justeru, sebagai pemegang amanah kepada anak-anaknya, dia berjanji akan memberi yang terbaik buat mereka.

“Saya tidak memaksa anak-anak, sebaliknya hanya ikut apa yang mereka minati. Uwais sangat meminati sukan golf dan berbakat dalam muzik. Dia boleh bermain piano hanya dengan mendengar muzik. Jadi, saya akan mencari guru piano agar dia lebih serius.

“Talita pula sangat berminat untuk meneruskan legasi arw4h ibunya. Matin masih terlalu muda, saya tidak nampak apa yang diminati setakat ini selain dia sangat berani dan seorang yang lucu.

“Ketika arw4h masih hidup, kami tidak sempat merancang apa-apa untuk Ayash. Sekarang ini, saya berharap agar dia menjadi seorang tahfiz. Insya-Allah, saya akan usahakan,” katanya.

sumber: mstar

Be the first to comment on "“Ramai Terkejvt, Akhirnya Vida Tampil Jawab Adakah Dia Aunty Yang Anak Shuib Maksudkan Tu..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*