“I’m Crying Right Now…” Shila Amzah Beri Pesanan Ini Kepada Para Suami, Buat Ramai Tersentuh

Baru – baru ini Shila Amzah telah membuka ruangan ‘Questions’ kepada para peminat melalui Instagram Story miliknya. Ruangan itu dibuka untuk peminat bertanyakan soalan ataupun berkongsi pendapat yang melibatkan hubungan suami isteri.

Mendapat Pelbagai Reaksi Dari Ntizen

via Instagram shahilaamzah

Berdasarkan perkongsian Shila, kebanyakkan ntizen berkongsikan pengalaman sebagai suami isteri. Dalam pada itu ada juga yang memberikan kata-kata semangat dalam menempvh perhubungan berumah tangga.

Kemampuan Seorang Suami

via Instagram shahilaamzah
Salah satu perkongsian yang menarik perhatian apabila ntizen berkongsikan kisah mengenai kemampuan seorang suami untuk isteri dalam berumah tangga.

Saya rasa saya tidak mampu untuk memberikan secukupnya untuk isteri saya. Saya telah mencuba yang terbaik.

Shila Beri Pesanan

Perkongsian yang telah dikongsikan oleh ntizen itu turut mendapat respon dari Shila. Dia turut memberi pesanan kepada para suami supaya memberikan apa yang termampu dan yang penting sentiasa berusaha.

Kepada para suami, tidak mengapa jika anda tidak dapat memberikan secukupnya, secara barangan, wang ringgit, buat yang termampu. Yang penting usaha, pasti akan ada sentiasa ada rezekiNya,

Dalam pada itu, Shila juga turut memberi pesan kepada suami supaya menambah perhubungan suami isteri dengan kasih dan sayang kepada isteri, dan isteri pasti akan merasa secukupnya.

Dia juga berharap pasangan suami isteri dapat bersama-sama berdoa untuk kebaikan berumah tangga.

Bagi yang tertanya-tanya apakah punca dan sebabnya, berikut adalah kronologi kes percera1an pasangan ini;

#1 Sudah dua bulan keluar dari rumah di Cyberjaya

Luah Shila di Instagram, orang ramai tidak mengetahui akan perjuangan dan pergelvtan yang dihadapinya dalam rumah tangga mereka. Malah dia juga akui telah keluar dari rumahnya di Cyberjaya sejak dua bulan yang lalu.

Hebat! Shila Amzah Kini Tarik Pendengar Lagu Kpop
‘nice’ Kerjasama Dengan Shila Amzah Untuk Melebarkan Capaian di Malaysia

“Sha sentiasa menunjukkan wajah gembira. Orang tak tahu perjuangan Sha. Dengan susah payahnya Sha sedang bergelvt sekarang. Dah dua bulan Sha keluar dari rumah dengan Seth dengan tumpang di rumah mak abah di Langat.”

#2 Kes perceraian masih dalam proses

Tambah Shila, dia telah memfailkan kes percera1annya dengan Haris. Tetapi suaminya tidak mahu menyelesaikannya dengan segera dan ambil keputusan untuk memanjangkan proses percera1an mereka.

“Sha dah file cerai…tapi malangnya ia masih dalam proses sebab dia putuskan untuk panjangkan benda ni. Cuma bila dah jadi macam ni, Sha dah tak boleh bersabar lagi sebab Sha pun berusaha sedaya upaya untuk bertahan dan jaga hati dan nama baik semua orang.”

#3 Tiada tempat tinggal
Pada masa yang sama penyanyi ini juga mendedahkan dia tidak mempunyai tempat tinggal lagi selepas keluar dari rumahnya sejak dua bulan lalu. Jika sebelum banjir melanda, dia terpaksa menumpang rumah kedua ibu bapanya. Kini dia terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya pula.

“Rasa sedih sangat sebelum ni tumpang berteduh di rumah mak abah. Tapi sekarang kita semua hilang tempat berteduh. Sekarang kita semua tumpang rumah makcik Sha.”

#4 Suami tak mahu keluar dari rumah Shila

Shila kemudiannya mendedahkan dia tidak boleh pulang ke rumahnya di Cyberjaya kerana tidak selesa dengan kehadiran suaminya. Malah dia berharap dia dapat pulang dan suaminya keluar daripada rumahnya dengan segera.

“Sha ada rumah kat Cyber pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah Sha. Seth tak selesa, Sha pun tak selesa. Kesian satu family Sha duduk dalam satu bilik buat sementara waktu. Sha berharap dapat balik ke rumah di Cyber. Boleh bantu ibu bapa Sha.”

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "“I’m Crying Right Now…” Shila Amzah Beri Pesanan Ini Kepada Para Suami, Buat Ramai Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*