DS Mahadi Akhirnya Tampil Jelaskan D4kwaan Heliza Helmi Sebagai Isteri Kedua

Sibuk dengan misi kemanusiaan di merata tempat, siapa sangka dalam diam Heliza Helmi telah berkahwin dengan seorang jutawan bernama Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Pernikahan tersebut ibarat mengejvtkan satu Malaysia kerana pasangan ini langsung tidak pernah mended4hkan hubungan istimewa kepada umum. Daripada Facebook sampai ke TikTok, penularan pelbagai video det1k-det1k hari bahagia mereka cukup menunjukkan betapa ramai yang turut menumpang bahagia.

Comelnya Heliza m4lu-m4lu nak sarung cincin

Salah satunya yang paling mendapat perhatian adalah rakaman ketika kedua-dua berada dalam adat membatalkan air sembahyang. Dikenali sebagai seorang wanita yang sangat menjaga ikhtilat, pengantin baru berusia 36 tahun ini kelihatan terketar-ketar saat cuba menyarungkan cincin di jari suaminya sendiri. Justeru, Datuk Mahadi terlihat begitu berhati-hati memakaikan aksesori berkenaan sebelum diajar oleh seorang mak cik.

Umum mengetahui, penyanyi Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Setelah seminggu mendirikan rumah tangga, ada pula yang mend4kwa bahawa suami kepada Heliza merupakan seorang duda dan dikatakan pernah berkahwin sebelum ini.

Ini perkahwinan kedua suami Heliza?

Ketika ditemu bual dalam rancangan Wanita Hari Ini, pengacara Uyaina Arshad sempat mengajukan soalan ‘panas’ mengenai status Datuk Seri Mahadi kerana terdapat sesetengah ntizen mendakwa bahawa suami Heliza itu pernah berkahwin.

Datuk Seri ada yang berkata ini adalah perkahwinan kedua. Mungkin disini adalah peluang dan ruang yang mana Datuk Seri dan isteri, Heliza Helmi memberi penjelasan.

Walau bagaimanapun, usahawan berusia 38 tahun itu mengatakan bahawa mereka sendiri agak terkejvt apabila membaca komen-komen seperti itu dan menegaskan bahawa dia masih lagi teruna serta bvjang terlajak.

Bila saya tengok komen-komen tu saya sendiri yang terkejvt. Heliza pun terkejut ‘eh kahwin dua? Pernah kahwin ke sebelum ni?’ Tak, jadi saya nak klarifikasikan semua ini sebelum kahwin saya ni tervna bvjang trang tang-tang so bujang terlajak lagi lah.

Umur 38 baru lah dapat bidadari syurga yang telah diizinkan oleh Allah untuk dijadikan suami dan isteri. Semoga kami berkekalan till jannah insyaAllah.

Video penuh :

‘Kenapa menyibuk sangat sampai ke situ’

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet tidak bersetuju mengenai d4kwaan berkenaan kerana ia merupakan perkara peribadi bagi pasangan berkenaan. Malah ada juga di antara mereka turut memerhatikan tasbih digital yang dipakai oleh pasangan merpati dua sejoli itu.

Moga kita punyai 1 matlamat yang sama

Pada malam tadi, Datuk Mahadi juga sempat memuat naik posting terbaru sekali gus meminta doa yang baik-baik semoga perkahwinannya bersama isteri bahagia hingga ke Jannah. Menulis kapsyen dengan bait-bait kata indah, beliau turut berharap penyatuan berkenaan mempunyai matlamat sama tak lain tak bukan melayari alam rumah tangga mengikut cara Islam yang sesungguhnya.

Sumber : ummupersint17

Be the first to comment on "DS Mahadi Akhirnya Tampil Jelaskan D4kwaan Heliza Helmi Sebagai Isteri Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*