“Bujang terlajak bukan dvda” -DS Mahadi Jawab Salah Faham Ntizen Tentang Status Diri

Perkahwinan selebriti dan juga aktiv1s kemanus1aan, Heliza Helmi dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Mahadi Badrul Zaman sememangnya masih menjadi perhatian ramai walaupun sudah seminggu bergelar pasangan suami isteri.

Mereka juga masih lagi menerima ucapan tahniah dan selamat pengantin baru terutamanya di ruangan komen di media sosial masing-masing kerana berasa seronok diatas kebahagian baru yang mereka kecap1.

Jadi, pada tengah hari tadi, Heliza yang kini merima gelaran Datin Sri telah bersama-sama suaminya diundang ke rancangan Wanita Hari ini di Tv3 untuk berkongsi momen bahagia setelah diijab kabul.

Dalam temu bual tersebut, Datuk Mahadi mengambil peluang menjelaskan secara bersel0r0h berkenaan statusnya yang kerap menjadi perdeb4tan ntizen di ruangan komen media sosial.

Belum pernah berkahwin lagi sebelum ini

Menurutnya, beliau merupakan bujang terlajak sewaktu bernikah dengan Heliza kerana mengakhiri zaman solo ketika berusia 38 tahun. Hal tersebut menyangk4l segala d4kwaan yang dirinya merupakan seorang duda seperti khabar angin yang bertebaran sebelum ini.

“Ingin saya jelaskan, sebelum kahwin saya seorang tervna dan bujang.”
“Boleh dikatakan bvjang terlajak, umur 38 baru dapat bidadari syurga yang diizinkan Allah untuk dijadikan pasangan suami dan isteri,” katanya.

Penjelasan tersebut pastinya menjawab segala teka-teki yang bermain di kepala para peminat kerana kedua-dua individu berpengaruh itu jarang berkongsi kisah peribadi kepada umum walaupun mereka sangat ramah di media sosial.

Untuk makluman, Datuk Sri Mahadi BZ dan Datin Sri Heliza Helmi telah sah sebagai suami isteri pada 1 Januari 2022 apabila selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Besi, Putrajaya.

Pernikahan mereka nyata membuatkan ramai terkejut kerana langsung tidak ada khabar berita tentang hubungan mereka. Walau bagaimanapun, ramai yang gembira melihat pernikahan itu lebih-lebih lagi majlis resepsi yang diadakan dihiasi dengan kehadiran para agamawan ternama Tanah Air.

Sumber: YouTube TV3Malaysia Official, Instagram mahadibz

Be the first to comment on "“Bujang terlajak bukan dvda” -DS Mahadi Jawab Salah Faham Ntizen Tentang Status Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*