Rak4m Dan K0ngsi Bab4k D4lam W4yang, Ameera Khan Bakal Dikenakan Tindakan?

Adik Neelofa, Ameera Khan dikec4m gara-gara apabila merakam babak filem ketika sedang menonton wayang.

Di Twitter, ada pengguna yang meluahkan amarah dan tidak puas hati dengan tindakan Ameera itu.

Ameera Muatnaik Babak Filem Di Insta-story 

Ia berikutan Ameera atau juga dikenali sebagai Little Miss Khan(LMK) telah mengambil gambar beberapa babak filem terbaharu Lady Gaga, House of Gucci dan memuatnaiknya di Insta-story.

Difahamkan ketika itu, Ameera telah menghadiri tayangan perdana filem terseburt di GSC Tropicana Gardens. Beberapa netizen telah menangk4p layar hantaran tersebut dan meminta penjelasan lanjut daripada pihak GSC Cinema. Rata-rata daripada mereka mengec4m tindakan Ameera yang dilihat tidak professional dan melangg4r peraturan yang ditetapkan.

“Hi GSC Cinemas, kenapa perkara ini dibenarkan dalam panggung wayang? Dan kenapa masih ada individu yang melakukan hal sebegini dalam tahun 2022?”ciapnya.

GSC Cinemas Buat Laporan

Dalam jawapan balas yang diberikan oleh pihak pawagam tersebut, tindakan yang dibuat oleh Ameera itu ternyata salah disisi undang-undang dan mereka memandang serius mengenainya. Tambah GSC lagi, penerbitan filem tersebut iaitu United International Pictures telah sedia maklum mengenainya untuk tindakan susulan.

“Merakam kandungan filem adalah dilarang sama sekali. Kami memandang serius akan perkara ini dan telah menghubungi serta membuat aduan mengenai insiden tersebut kepada pihak yang berwajib untuk tindakan susulan. Terima kasih kerana membangkitan isu ini”

“United International Pictures kini telah sedia maklum mengenainya untuk tindakan susulan. Terima kasih” komen pengendali akaun GSC Cinemas

Di ruangan komen ramai ntizen yang bersetuju tindakan merakam babak semasa menonton wayang adalah tidak wajar sama sekali.

Sekadar info, sebelum ini Neelofa pernah terpal1t dengan 1su yang sama apabila berkongsi babak di dalam filem The Lion King.

Sumber: Murai.my

Be the first to comment on "Rak4m Dan K0ngsi Bab4k D4lam W4yang, Ameera Khan Bakal Dikenakan Tindakan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*