DSV Tak Puas Hati Ashira Suka Kerja Cuci Plnggan, Jatvhkan Stand4rd Artis

Sebelum ini, penyanyi Ashira berkata dia melakukan kerja sambilan di sebuah restoran dengan mencuci p1nggan pada setiap hujung minggu untuk menambah pendapatan.

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang meminta Ashira supaya berhenti melakukan kerja tersebut. Tiada niat menghina, Vida berkata Ashira tidak sepatutnya merendahkan imejnya sebagai artis.

“Saya cakap pada Ashira, dia cantik, you cannot downgrade yourself dengan kerja mencuci pinggan. Tak elok la kerana dia artis dan banyak lagi kerja dia boleh buat.

“Tapi Ashira kata tak apa, dia nak tolong kawan katanya. Kerja mencuci pinggan tu tak salah. Cuma dengan kebolehan, kemahiran dan wajah yang jelita itu ada kerja lain lebih sesuai dengannya,” katanya.

Sebelum ini menerusi mStar Online, Ashira menjelaskan dia bukan bekerja secara tetap sebaliknya hanya diberikan ‘t0ken’ selepas membantu rakannya yang mengusahakan kedai makan pada setiap minggu.

Namun, komen Vida di Instagram mStar menjadi perhatian ramai dimana dia mengatakan sudah memberi amaran kepada Ashira supaya berhenti bekerja mencuci pinggan.

Susulan komennya itu, rata-rata ntizen menganggap kenyataannya itu seolah mengh1na kerja mencuci pinggan. Namun, Vida berkata dia mahukan yang terbaik buat Ashira.

“Jangan bersikap skeptikal dengan kenyataan saya memberi amaran itu. Bukan nak h1na orang kerja cuci pinggan tapi saya sendiri melihat Ashira banyak p0tensi.

“Saya ada plan untuk lakukan sesuatu bersama Ashira. Tapip kalau saya cakap nanti orang kata nak ambil kesempatan untuk berniaga.

“Saya kasihan dengan dia, Ashira seorang yang ikhlas dan baik. Bad pula mungkin ada kebaikan yang dia buat kerana dikurniakan seorang isteri yang baik seperti Ashira,” katanya.

Sumber: mstar

Be the first to comment on "DSV Tak Puas Hati Ashira Suka Kerja Cuci Plnggan, Jatvhkan Stand4rd Artis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*