Abang Viva Kongsi Hanya Satu Je Kenangan Manis, Banjir Buat Ramai Tersentuh

Hero banjir kesayangan Malaysia, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar berkongsi pengalaman manis dan pahit sepanjang dalam m1si penyelamatkan m4ngsa banjir di SK On Air yang bersiaran langsung di Siakap Keli TV

Ceritanya, kenangan manis hanya satu sahaja apabila dia berjaya menyatukan keluarga yang terp1sah semasa banjir ke pusat pemindahan banjir.

“Keadaan itu sangat sedih dan itu menjadi kenangan pah1t bagi saya”

Katanya lagi, cab4ran semasa menyelamat m4ngsa-m4ngsa ini menjadi kenangan pah1t baginya kerana kekangan b0t yang kecil terpaksa mem1sahkan keluarga semasa dalam m1si penyelamat itu.

“Saya tak nak dijulang lebih2, cukuplah ucap terima kasih..” – Abang Viva

Wira banjir yang tular di media sosial, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ mengakui tidak mahu dijulang berlebih-lebihan serta men0lak sebarang pemberian sumbangan berunsur pemasaran.

Menurut laporan Utusan Online, lelaki berusia 29 tahun itu hanya berbesar hati sekiranya menerima sumbangan daripada pihak yang ikhlas tanpa meletakkan sebarang syarat.“Kalau nak bagi ikhlas, insya-Allah saya akan terima. Jika nak bagi untuk mempromosikan sesuatu barangan memang saya tak nak.

“Saya menolong mangsa banjir di Puchong dan Shah Alam, Selangor serta Temerloh, Pahang bukan minta s1mpati atau menag1h kereta baharu atau sebagainya. Saya buat ini adalah ikhlas kerana ingin menolong mereka dalam kesusahan.

“Saya juga tidak mahu dijulang berlebih-lebihan, cukuplah m4ngsa banjir mengucapkan terima kasih itu sudah memadai.

“Saya cukup selesa dengan kehidupan sekarang serta kereta Perodua Viva yang saya miliki,” katanya menerusi laporan eksklusif tersebut.

Selain itu, Azwan memaklumkan dia dihubungi pihak Perodua ketika berada di Shah Alam namun tiada sebarang perbincangan diadakan selain daripada seorang usahawan yang berhasrat untuk menghadiahkannya sebuah kereta.

“Saya belum buat sebarang kata pvtus sewaktu mereka menghubungi kerana ketika itu saya sedang membantu m4ngsa banjir. Tengoklah dalam beberapa hari ini jika mereka menghubungi semula saya,” ujarnya.

Terdahulu, kisah anak bongsu daripada empat beradik itu menjadi perhatian apabila membawa sebuat bot dengan menggunakan kereta Perodua Viva dari Melaka untuk menyelamatkan dan membantu m4ngsa banjir.

Mengikut perancangan asal, Azwan ke Puchong untuk membantu kakaknya namun nek4d menghulurkan pertolongan kepada m4ngsa lain tanpa mengharapkan sebarang populariti.

Sumber: Siakap Keli TV

Be the first to comment on "Abang Viva Kongsi Hanya Satu Je Kenangan Manis, Banjir Buat Ramai Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*