‘Kalau Nak Mengajar Bukan Masa ‘Live’, Jumpa Belakang Pentas’ – Hattan

Penyanyi, Dato Hattan dipercayai kurang gemar melihat tindakan bunda Hetty Koes Endang yang mengajar para peserta Gegar Vaganza musim kelapan secara ‘live’.  Menurut Hattan, perkara tersebut boleh dilakukan di belakang pentas.

Ajak duduk atas pentas

Dalam episod minggu ketujuh semalam, Adibah Noor dan Nikki Palikat telah membawakan lagu ‘Berdiri Bulu Romaku’ dan ‘Rindu’ nyanyian Hetty Koes Endang. Sebaik sahaja Adibah Noor selesai melakukan persembahan, bunda Hetty dilihat naik ke pentas dan mengajar kedua-dua penyanyi tersebut untuk menyampaikan lagunya dengan cara yang lebih baik. Bukan itu sahaja, Hetty Koes Endang turut mengajak kedua-dua peserta tersebut untuk duduk bersamanya di pentas. Berikutan daripada tindakan tersebut, Dato Hattan telah memuat naik satu posting di akaun Facebooknya.

Juri kalau nak mengajar bukan masa tengah live. Boleh mengajar jumpa belakang pentas. Sikit-sikit sudah.

Ujar Dato Hattan, pihak juri tidak sepatutnya mengajar para peserta ketika pertandingan tersebut sedang bersiaran secara langsung. Tambah Dato Hattan, lebih ‘manis’ sekiranya para juri mengajar para peserta di belakang pentas.

Lain kali tak payah tengok

Di ruangan komen, ada segelintir ntizen tidak bersetuju dengan pendapat Hattan. Menurut ntizen, setiap juri layak memberi krit1kan, pandangan mahupun pengajaran buat para peserta supaya mereka melakukan persembahan yang lebih baik. Di samping itu, ntizen meminta pelantun suara ‘Mahligai Syahdu’ itu supaya jangan menonton program berkenaan sekiranya tidak mahu melihat para peserta diajar ketika siaran langsung.

Susulan daripada komen netizen, Hattan memberitahu bahawa dia perlu menonton program tersebut kerana beliau seorang penyanyi dan terlibat dalam industri seni. Menerusi pemerhatian, posting yang dimuat naik oleh Hattan telah meraih 1000 tanda suka dan ratusan komen.

Sumber: Hattan

Kredit: Ohbulan

Be the first to comment on "‘Kalau Nak Mengajar Bukan Masa ‘Live’, Jumpa Belakang Pentas’ – Hattan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*