Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Anak…

Di aplikasi TikTok, trending satu video yang dikongsi seorang ibu muda dikenali sebagai Hanisa, yang sama sekali tidak menyangka akan dipertemukan jodoh ketika masih di bangku sekolah. Kalau dah jodoh, memang tak ke manalah.

Cinta muda

Foto: Tangkap layar video

Menerusi beberapa video yang dikongsi, wanita ini tampil menceritakan kisah di sebalik perkahwinannya di usia muda. Ibu muda ini, mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dia ketika itu berusia 15 tahun, dan merupakan seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Perlis.

Difahamkan, wanita ini mengambil keputusan untuk berhenti sekolah pada Jun 2018, ketika berusia 16 tahun kerana memberi fokus terhadap anak yang telah selamat dilahirkan pada Julai 2018. Susulan daripada itu, dia sama sekali tidak sempat untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019. Namun, dia telah merancang semula untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini, sebagai calon persendirian. Pada masa yang sama, dia turut menceritakan suaminya sebelum ini pernah menjemputnya di sekolah ketika sesi persekolah sudah tamat.

Perbezaan umur dia dan suaminya hanya empat tahun sahaja dan perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang cinta mereka. Menyentuh bagaimana bibit-bibit cinta ini mula terjal1n, wanita ini akui mengenali suaminya menerusi aplikasi WeChat yang pernah popular satu ketika dahulu.

Saya jumpa lelaki saya dekat WeChat, dulu WeChat ada people nearby (untuk mencari orang terdekat mahupun jauh), kenal dekat situlah. Lepas tu, kawan kawanlah sampai rasa nak kahwin.

Walaupun, berkahwin di usia muda, dia turut berdepan dengan st1gma masyarakat yang mempersoalkan tindakannya. Tidak berakhir di situ, ada juga yang mend4kwa dia merupakan seorang j4nda muda dan anak sulungnya merupakan adik kandvng sendiri. Namun, dia sudah ‘alpa’ dengan d4kwaan tersebut.

Pada masa yang sama, wanita ini juga sempat berkongsi pengalamannya melah1rkan anak di usia yang muda kepada warganet.

Bergelar ibu di usia yang muda

Reaksi ntizen

Sumber: Hanisa

Kredit: Ohbulan

Be the first to comment on "Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Anak…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*