Fauzi Nawawi sy4k kena g4m stesen TV, rezeki lakonan tersekat. Kini bawa diri ke Sabah

GARA-GARA terpalit dengan k0ntr0versi terlepas cakap isu r0g0l menerusi satu program temu bual, nama pelakon Fauzi Nawawi kini tidak lagi diterima di sebuah stesen televisyen (TV).

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi mengakui dia terkilan dengan tindakan stesen TV berkenaan kerana tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan namanya sudah disenarai hitamkan.

“Sejujurnya saya rasa terkilan dan kecew4 apabila nama saya banyak kali dit0lak pihak stesen TV itu. Sebelum ini, tak pernah pun nama dit0lak.

“Kalau sebab watak tak sesuai, saya faham. Tapi ini nama kena reject tanpa diberitahu apa kesalahan saya.

“Kalau betul pihak mereka nak banned saya, kenapa tak keluarkan kenyataan secara rasmi? Sekurang-kurangnya saya boleh buat keputusan untuk masa depan.

“Jika ada surat rasmi mengatakan nama saya disenarai hitam, boleh la saya rujuk KKMM atas dasar akta apa saya kena banned,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, penerbit Azman Yahya atau Jinggo memuat naik status di Instagram mended4hkan Fauzi membawa diri ke Sabah selepas tiada lagi ruang dalam industri seni.

Bukan bermaksud saya tarik diri daripada bidang lakonan tapi saya nak cuba cari peluang lain.

FAUZI NAWAWI

PELAKON

Pada Oktober lalu, Fauzi dikec4m kerana berkongsi pengalaman melakonkan watak seorang per0g0l bersama aktres Raja Farah dalam sebuah filem.

Lebih menambahkan kem4rahan ramai apabila Fauzi dilihat begitu bersungguh-sungguh menerangkan dengan terperinci situasi di set penggambaran menerusi sebuah program temu bual yang ditayangkan secara terbuka di televisyen.

Bagaimanapun, pelakon berusia 48 tahun itu membuat permohonan maaf terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan.

Fauzi dikec4m gara-gara terlepas cakap isu r0g0l.

Dalam pada itu, pelakon drama Penjara Janji ini memberitahu dia membawa diri ke Sabah kerana ingin mencari peluang peniagaan di sana demi menampung kehidupan keluarganya.

“Saya tak nak bergantung rezeki kepada orang. Bukan bermaksud saya tarik diri daripada bidang lakonan tapi saya nak cuba cari peluang lain.

“Apabila nama saya asyik kena reject stesen TV, saya rasa sudah tiba masa saya bawa diri dan cuba bidang lain. Jadi, saya buka sebuah kedai di Sabah.

“Buat masa ini, saya berulang-alik. Insya-Allah saya percaya pada rezeki. Saya kena buat kerja lain sebab ada keluarga dan anak-anak masih bersekolah,” ujarnya.

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Fauzi Nawawi sy4k kena g4m stesen TV, rezeki lakonan tersekat. Kini bawa diri ke Sabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*