Video Dah Tvlar, Sekali Adil Uqasha Cakap Mereka Tak L4nggar SOP

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai majlis perkahwinan selebriti popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang did4kwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menjelaskan mengenai d4kwaan tersebut, adik kepada Uqasha iaitu pelakon Raysha Rizrose berkata majlis kakaknya itu tidak mel4nggar SOP dan video tvlar itu adalah selepas sesi fotografi.

“Sebenarnya tiada istilah mel4nggar SOP pun sebab jumlah tetamu yang hadir memang sangat terhad dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

“Tetamu yang datang pada hari itu hanya kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja. Mereka yang datang wajib menjalani ujian saringan RTK Antigen, lengkap dua dos vaksin C0vid-19, memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera dan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir.

“Nak dijadikan cerita, video yang tvlar itu berlaku selepas sesi sesi fotografi dengan pengantin. Jadi, ketika itu memang saudara-mara serta kenalan rapat ada yang membuka pelitup muka sekejap,” katanya.

Sedia memberi kerjasama jika dipanggil pihak polis, Raysha berkata dia percaya rata-rata yang hadir mempunyai kesedaran tinggi terhadap bah4yanya v1rus itu apatah lagi sudah dua tahun Malaysia berdepan pandem1k.

“Perkahwinan Kamal dan Uqasha yang berlangsung tempoh hari adalah hasil kerjasama dengan Astro yang juga dikenali sebuah stesen TV yang sangat pentingkan SOP.

“Bagi saya, kalau buat majlis makan-makan atau kenduri di rumah pun, takkanlah kita semua mampu menjaga penjar4kan selama 24 jam. Ia sesuatu yang tidak boleh dikawal. Namun, sudah tentulah masing-masing mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk memastikan diri berada dalam keadaan yang baik selain memakai pelitup muka dan mematuhi SOP.

“Takkan masa nak makan pun kita masih nak pakai pelitup muka? Sesi bergambar pun ada tetamu yang memilih pakai pelitup muka serta tidak untuk merakam detik bahagia dengan pengantin. Jadi saya ingin teg4skan tiada istilah tidak mengikut SOP,” katanya.

Terdahulu, polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan susulan tvlar video majlis perkahwinan pasangan terbabit di Genting Highlands yang tidak mengikut SOP.

L4nggar SOP: Pasangan selebriti sedia beri kerjasama

Bentong: Pasangan selebriti terkenal sedia memberi kerjasama untuk memberi keterangan selepas pulang dari menunaikan umrah susulan tvlar video majlis perkahwinan di Genting Highlands yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis sudah menghubungi pasangan selebriti terbabit dan mereka kini sedang mengerjakan umrah.

Menurutnya, mereka akan memberi kerjasama selepas selesai menjalani kuarantin sebaik pulang dari mengerjakan ibadat itu.

“Selain itu polis juga akan memanggil individu (pelakon lelaki) yang menyambut bunga dalam video tvlar terbabit kerana dia yang memuat naik dalam media sosial.

“Pemilik villa terbabit juga akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan susulan tvlar video majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di di Genting Highlands yang tidak mengikut SOP PPN Fasa 4.

Polis menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu pada 10.30 malam tadi yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan perkahwinan pasangan itu di sebuah villa di Genting Highlands.

Hasil siasatan pihak polis, majlis itu berlangsung pada 8.30 malam, 15 Disember lalu.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Video Dah Tvlar, Sekali Adil Uqasha Cakap Mereka Tak L4nggar SOP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*