Rita Rudaini Ded4h Sebab Sering ‘Bersuara’ Di Media Sosial

Rita menjelaskan bahawa dirinya bukanlah seorang yang jenis suka melihat pen1ndasan terhadap orang lain lebih-lebih lagi pada diri sendiri.

Pelakon, Rita Rudaini tampil memberi penjelasan mengenai tindakan dirinya yang sering tampil memberikan kenyataan secara terbuka di media sosial terutamanya mengenai 1su vaks1n.

Tidak Suka Lihat Orang Lain Dit1ndas

Terbaru, Rita mended4hkan dia pernah mendapat teguran untuk tidak  bersuara dan mengambil tahu terhadap sesuatu isu. Walaubagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini menjelaskan bahawa dirinya bukan seorang individu yang suka melihat pen1nd4san terhadap orang lain terutama melibatkan dirinya sendiri.

“Dari awal dulu, ada yang menegur saya..supaya tak payah lah bercakap, tak payah lah ambil tahu. Biarkan..Kita jaga kita sudah..

Saya bukan jenis yang suka tengok pen1nd4san pada orang lain apatah lagi pen1ndasan pada diri sendiri. Saya taknak jaga b0nt0t saya sorang-sorang.”-Jelas Rita

Pernah Tolak Bayaran Untuk Berlakon

Tambah Rita lagi, dia pernah menolak bayaran untuk berlakon apabila mengetahui rakan-rakan kru tidak mendapat bayaran berikutan ia hanya dibayar kepada lead artist sahaja suatu ketika dahulu.

“Saya pernah tak ambik payment berlakon sampai ke sudah sebab rakan-rakan kru tak dapat payment, dan payment hanya dibayar pada artis-artis lead dulu dan tak bagi saya bising-bising kata dapat payment.

Maaf saya bukan jenis orang yang penting periuk nasi sendiri.. Saya tolak semua ni, saya tak nak datang kerja sampai lah kru-kru semua dibayar gaji mereka.”-Kongsi Rita

“Orang Yang Membisu & Hanya Jaga Diri Sendiri Umpama Sy41tan Bisu”

Rita dalam pada itu, Rita turut menyifatkan  individu yang membisu dan hanya menjaga diri sendiri umpama sy41tan yang bisu yang sanggup melihat pender1taan orang lain asalkan diri tidak mendapat tempias.

“Pada saya, orang yang membisu dan hanya menjaga diri sendiri adalah orang yang selfish dan umpama sy41tan bisu ..Sanggup tengok pender1taan orang lain asalkan diri tak terkena temp1as.” katanya lagi

Di akhir penjelasannya, Rita memberitahu bahawa dia boleh duduk di rumah berdiam diri dan hanya melihat kesus4han dan masalah orang lain kerana ia tidak akan menjejaskan kehidupannya.

Sumber: murai.my

Be the first to comment on "Rita Rudaini Ded4h Sebab Sering ‘Bersuara’ Di Media Sosial"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*