“Biasa meriah menjelang senja” Ini Yg Berlaku Kpd Rumah p0ndan semasa L0ng Tiger berada disana

SUNGAI PETANI: Rumah sewa berpagar diduduki lelaki menyerupai wanita yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Long Tiger di Kampung Jalan Kebun Tebu di sini, yang lazimnya ‘meriah’ tiba-tiba menjadi suny1 sejak 10 hari lalu.

Kampung tersebut terletak di belakang Pekan Cina Lama, di Jalan Kuala Ketil dan hanya berjarak kira-kira dua kilometer dengan pekan Sungai Petani.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Salmah berkata, rumah itu sebelum ini kerap dikunjungi rakan lelaki berperwatakan wanita berkenaan terutama pada waktu malam.

RUMAH yang dipercayai menjadi tempat Long Tiger bersembunyi sebelum ditahan polis di Kampung Jalan Kebun Tebu, Sungai Petani, Kedah. – UTUSAN/OTHMAN YAHAYA

“Kebiasaannya rumah itu mula dipenuhi rakan p0ndan terbabit menjelang senja dengan pintu dan tingkap dibiar terbuka selain sebahagian besar lampu di dalam rumah itu dinyalakan. Bagaimanapun sejak 10 hari lalu, rumah itu dilihat tidak meriah seperti selalu termasuk sering berkunci dan hanya lampu di dapur sahaja dibiarkan menyala,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, ditangk4p ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah di sini pada pukul 3.15 petang.

Ketika ditangkap, lelaki berkenaan mengalami beberapa keced3raan selepas tergelincir dari bumbung rumah ketika cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Pada 15 Disember lalu, lelaki berketurunan Rohingya itu bertindak meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak melalui pintu hadapan ketika sedang menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 kerana pemerasan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang enggan dikenali berkata, dia hairan apabila anak lelakinya yang berusia 11 tahun beberapa kali memberitahu dilarang oleh pondan itu bermain di sekitar rumahnya.

“Sebelum ini kanak-kanak di sini bebas bermain di mana sahaja kerana kampung ini hanya mempunyai 10 buah rumah penduduk keturunan Melayu, tiga buah keluarga India manakala keluarga Tionghua banyak mendiami di laluan masuk utama ke sini,” katanya.

Mahu Lari Ke Indonesia atau Thailand

Johor Bahru: Lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger atau nama sebenar Abd Hamim Ab Hamid, 33, yang meloloskan diri dari l0kap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu, dipercayai dalam perjalanan melarikan diri ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, Kedah, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, banduan itu turut dibantu oleh dua individu lain untuk melarikan diri ke Kedah.

“Hasil siasatan polis membuat tangk4pan susulan ke atas dua lelaki berusia 36 dan 38 tahun yang dipercayai bersek0ngk0l dengan svspek di sekitar Batu Pahat, antara jam 7.25 malam hingga 3 pagi tadi.

“Mereka dipercayai membantu svspek dengan mem0t0ng gar1 selain membeli kad sim sebelum melar1kan diri ke utara negara.

“Polis percaya Long Tiger yang melarikan diri ke Kedah dalam perjalanan keluar dari negara ini, sama ada ke Thailand dan Indonesia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Media sebelum ini melaporkan Long Tiger yang berjaya ditahan semalam, didapati menyembunyikan diri di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil, dekat sini.

Ketika ditahan kira-kira jam 3 petang itu, Long Tiger dikesan sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun tergelincir jatuh di lantai dapur rumah.

Untuk rekod, Long Tiger meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula pada 15 Disember lalu, kira-kira jam 11.55 pagi.

Sejak kehilangannya, Long Tiger menjadi buruan polis selain peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakilinya.

Dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung ins1den berkenaan kerana disyak1 terbabit secara langsung atas kesalahan cua1 sehingga menyebabkan tahan itu melar1kan diri.

Peguam Long Tiger tarik diri

Johor Bahru: Peguam Datuk Shaharudin Ali menarik diri daripada mewakili lelaki Rohingya, Ab Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai Long Tiger yang kini menjadi bvruan polis.

Shaharudin berkata, beliau yang juga Peguambela dan Peguamcara bagi Shaharudinali Azfarazmi & Co, sebelum ini dilantik mewakili Ab Hamim dalam beberapa kes jenayah dan sivil lelaki itu yang sedang berjalan.

“Kami dengan berat hati terpaksa menarik diri sebagai peguambela Ab Hamim dalam kes-kes berkenaan kerana mengalami masalah untuk mendapatkan arahan seterusnya daripada anak guam bagi maksud perjalanan kes yang membabitkan dirinya.

“Sebagai peguambela, kami juga merasai, Ab Hamim telah melarikan diri semasa perjalanan prosiding kes beliau dan ini mencerminkan bahawa dia tiada keyakinan dengan khidmat guaman oleh pihak kami selain tiada keyakinan dengan prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

“Namun begitu, Ab Hamim mungkin mempunyai sebab sebab tertentu mengapa dia mengambil tindakan sedemikian dan tetap tidak bersalah kecuali selepas disabitkan mahkamah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan orang ramai diminta tampil membantu polis mengesan Abd Hamim, 33 tahun yang juga warga Myanmar selepas mel0l0skan diri daripada lokap Mahkamah Majistret Tangkak, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata polis kini melancarkan Ops Tutup di sekitar daerah berkenaan dalam usaha mengesan svspek yang melarikan diri dalam keadaan tangan bergari.

Dalam kejadian itu, suspek memakai baju T cerah, berseluar panjang coklat serta memakai selipar, melarikan diri dari l0kap dengan keadaan tangan bergar1, kira-kira jam 11.55 pagi.

Minggu lalu, Shaharudin dilaporkan mend4kwa terkejvt dengan ins1den anak guamnya itu mel0l0skan diri daripada l0kap Mahkamah Majistret Tangkak selain dilaporkan mend4kwa anak guamnya itu menerima ugvtan untuk menceder4kan atau membu.nvhnya.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "“Biasa meriah menjelang senja” Ini Yg Berlaku Kpd Rumah p0ndan semasa L0ng Tiger berada disana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*