‘Segaknya’- Peminat Terpvkau Lihat Wajah Kacak Pelakon Zulkifli Ismail Masa Muda

Perkongsian foto lama pelakon veteran terkenal tanah air Zulkifli Ismail, menarik perhatian peminat di media sosial. Aktor berbakat ini mengimbau kenangan lama sewaktu di zaman remaja di Kedah, sebelum membawa diri ke Kuala Lumpur mengejar impian.

Tak Sangka Sudah 37 Tahun Berhijrah

Menerusi perkongsian Zulkifli di Instagram nya, pelakon senior ini tidak menyangka sudah menetap di Kuala Lumpur selama 37 tahun.

Gambar yang dimuatnaik di akaunnya semalam merupakan gambar ketika dirinya berusia 19 tahun, dua tahun sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.

Foto – Instagram @aktorzulkifli

“Inilah potret seorang remaja kampung berusia 19 tahun.

Kira-kira 2 tahun sebelum berangkat meninggalkan tanah kelahiran, berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memburu impian.

Diam tak diam dah 37 tahun saya menjadi warga kota.” Kongsinya

Peminat Puji Wajah Kacak

Foto lama milik pelakon veteran ini menarik perhatian orang ramai terutama dikalangan peminatnya, ramai yang memuji wajah aktor ini sewaktu muda sangat tampan dan ada juga yang menyangka wajah aktor ini seakan Remy Ishak.

Foto – Instagram @aktorzulkifli

“Wow ingat Remy Ishak tadi’

“Segaknya”

“Hensem”

“Kacak”

“Orang Kedah memang hensem”

“Tak ada beza pun dulu dengan sekarang”

“Alhamdulillah.. Moga berjaya dalam kerjaya dan moga kekal sihat bos, Aamiin” komen mereka

Betul kata peminat memang tampak aktor Zulkifli masa zaman muda, sekilas pandang macam Remy Ishak pun ada!

Sumber: murai.my

Be the first to comment on "‘Segaknya’- Peminat Terpvkau Lihat Wajah Kacak Pelakon Zulkifli Ismail Masa Muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*