Betapa jijlknya kita kalau masih nak merungut tentang erti sus4h,” – Azhan Rani s4yu Tengok Wanita Warga Emas Berlari Berkaki Ayam Minta Bantuan

KISAH mengenai nasib seorang wanita warga emas berlari berkak1 ayam bagi mendapatkan bantuan daripada sukarelawan banj1r di Mentakab, Pahang mengundang rasa seb4k dalam kalangan ntizen.

Seperti yang diceritakan pelakon Azhan Rani, 45, wanita berkenaan berlari menuju ke arah kumpulannya ketika mereka menjalankan misi bantuan banj1r di Kampung Batu Kapor Bawah 6 di Mentakab, Pahang.

“Saya nak kongsikan sikit satu peristiwa yang tak dapat dilupakan. Tempat ni agak jauh ke dalam sikit berbanding rumah lain yang juga alami ker0sakan tervk akibat banj1r yang hampir sampai mencecah ke bumbung.

“Nampak makcik tudung biru ini berlari berkaki ayam tak h1rau dah apa yang dia p1jak.

Wanita warga emas tersebut datang berlari ke arah mereka untuk mendapatkan bantuan banj1r.

“Masa ni saya baru nak alihkan kereta nak cari parking, mungkin dia ingat kami nak gerak pulang sebab memang dah tak nampak jalan ke rumah dia pun,” tulis Azhan di Instagram.

Tambah Azhan, dia sendiri merasa s4yu tatkala melihat keadaan rumah wanita berkenaan yang musn4h akibat banj1r baru-baru ini.

“Rumah dia kat belakang lagi dari kawasan becak tu. Setakat semalam belum ada bantuan hadir. Rumah kayu dia h4ncur musn4h r0b0h akibat banj1r, dekat sangat dengan sungai belakang rumah dia.

“Tinggal bahagian depan rumah je yang masih tegak berdiri. Makcik red4h air paras dada masa nak selamatkan diri haritu… tiada harta benda yang dapat diselamatkan.

Masuklah ke dalam lorong-lorong kampung, mereka tak ada kemampuan nak keluar cari pusat bantuan yang banyak terletak di tepi jalan besar ataupun di sebelah bandar.

AZHAN RANI

PELAKON

“Apabila terfikir apa yang dia makan, macam mana dia tidur… memang boleh buatkan saya termenung. Betapa j1jiknya kita kalau masih nak merungut tentang erti susah,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini berharap agar lebih ramai sukarelawan masuk ke kawasan pedalaman seperti itu untuk menyalurkan bantuan.

“Tak banyak yang saya dan team mampu bantu, tapi hari ini dan hari seterusnya saya harap makin banyak bantuan akan hadir untuk mereka di sana.

“Masuklah ke dalam lorong-lorong kampung, mereka tak ada kemampuan nak keluar cari pusat bantuan yang banyak terletak di tepi jalan besar ataupun di sebelah bandar.

Azhan dan kumpulannya menyerahkan bantuan banj1r kepada penduduk di sekitar Kampung Batu Kapor.

“Mereka tiada masa dan tak kuasa dipeningkan dengan kerenah nak mengisi borang, buat permohonan tunggu kelulusan dan sebagainya,” ujarnya.

Meninjau pada ruangan komen perkongsian Azhan, rakan selebriti dan netizen akui seb4k mengenangkan nasib wanita berkenaan.

“Alhamdulillah Allah hantar team kalian untuk mereka, hanya Allah yang dapat membalas pada kalian semua.

“Apabila kita menolong orang susah atau di dalam kesusahan, baru kita kenal erti bersyukur. Terima kasih abang @azhan_rani & team banyak menolong m4ngsa banj1r yang sangat memerlukan.

“Semoga tuan dan seluruh team dapat keberkatan dalam usaha ini. Meskipun di sini bukan kampung atau rumah saya, saya tetap ucapkan jutaan terima kasih,” kata beberapa ntizen.

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Betapa jijlknya kita kalau masih nak merungut tentang erti sus4h,” – Azhan Rani s4yu Tengok Wanita Warga Emas Berlari Berkaki Ayam Minta Bantuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*