Beri Bantuan Banjir Di Lipis, TokTi Teruja Jumpa Guru Gimnas Waktu Sekolah Dulu

Umum sedia tahu bahawa penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara selebriti yang paling cepat menghulurkan bantuan banjir terutama di kampung halamannya, Kuala Lipis, Pahang.

Tindakan pantas itu dilakukan hampir saban tahun dan tahun ini beliau turut sendiri ke sana dan bertemu dengan penduduk sekitar Kuala Lipis.

Jumpa guru gimnas waktu sekolah

Namun begitu, menerusi satu perkongsian video di Instagram, TokTi telah memuat naik momen dimana bertemu salah seorang gurunya ketika menyertai sukan gimnas sewaktu di sekolah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Apa yang lucunya, pada awal kehadiran TokTi di kawasan taman perumahan tersebut, gurunya langsung tidak mengenali siapa yang sedang memberikan bantuan kerana penyanyi itu memakai pelitup muka.

Namun, TokTi sendiri yang menegur wanita berbangsa Cina itu walaupun dia masih belum mengec4m siapakan individu yang menyapanya.

Tak lama selepas itu, TokTi memaklumkan ada seorang pakcik memaklumkan bahawa individu yang menegurnya adalah Siti Nurhaliza barulah dia tersedar dan bertanya khabar serta bercerita tentang kisah lama sewaktu menyertai gimnas.

Berani teacher tak kenal TokTi

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang memuji sikap humble yang ditunjukan penyanyi kesayangan ramai itu kerana tetap merendah diri serta mengenali insan-insan disekelilingnya walaupun sudah berjaya.

Mereka juga mengakui terhibur melihat penyanyi tersebut mencuit-cuit gurunya ketika menegur wanita itu dengan ramah dan langsung tidak s0mb0ng.

Mesti bangga pernah jadi guru TokTi

Tak penah sombong tau TokTi ni

Comel je TokTi main cuit2

Sumber: Instagram ctdk

Be the first to comment on "Beri Bantuan Banjir Di Lipis, TokTi Teruja Jumpa Guru Gimnas Waktu Sekolah Dulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*