Shuib Luah Rasa Bangga Uwais Juara Kejohanan Golf Juni0r

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu berkongsikan khabar gembira anak sulungnya, Uwais Al-Qarni menjadi juara pada Kejohanan Golf Terbuka Junior, Kategori 10 Tahun anjuran Palm Resort.

Bangga dengan kejayaan anaknya itu, Shuib berkata isterinya pasti gembira dengan kejayaan Uwais itu kerana arw4h mahu anak sulungya itu menjadi pemain golf profesional.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Alhamdulillah, champion untuk kategori 10 tahun! Tahniah Wais! Percaya daddy, Ibu pasti sangat-sangat bangga.

“Percaya daddy, ibu @sitisarahraissuddin pasti sangat-sangat bangga! Ibu yang nak sangat wais jadi golfer sayang, harini dia senyum tengok wais menang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada bapa mertuanya kerana selalu membawa Uwais ke padang golf untuk berlatih.

Diakhirnya perkongsiannya itu, Shuib berkata dia akan melakukan sebaik mungkin untuk anak-anaknya selagi dia berny4wa.

Sumber: RK

Be the first to comment on "Shuib Luah Rasa Bangga Uwais Juara Kejohanan Golf Juni0r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*