Majlis Kahwin Beri Ikan Laga Sebagai ‘Doorgift’ Buat Pengunjung Blngung

Bulan Disember boleh dikatakan sinonim dengan majlis perkahwinan. Menjelang penghujung tahun, pasti ramai rakan atau saudara terdekat kita yang melangsungkan majlis perkahwinan atau majlis pertunangan.

Di majlis kahwin pula, tuan rumah kebiasaannya akan memberikan cenderahati atau doorgift buat para tetamu sabagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Pelbagai jenis doorgift yang kita boleh lihat pada hari ini. Daripada bunga telur, sehinggalah ke makanan seperti roti dan kicap. Namun, sebuah majlis kahwin di Kota Tangerang Selatan, Indonesia mendapat perhatian ramai kerana doorgift yang diberikan agak lain daripada yang lain.

Beri doorgift ikan l4ga

Dalam satu video yang dimuat naik oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Agatha, dia berkongsikan pengalamannya menghadiri sebuah majlis kahwin yang memberi ikan l4ga sebagai doorgiftUnik!

Dalam video tersebut, terlihat ikan laga yang diletakkan dalam bekas lutsinar diberikan kepada orang ramai. Turut kelihatan para pengunjung yang dilihat agak terkejvt dan b1ngung dengan doorgift yang unik ini.

Menariknya, pengunjung diberi kebebasan untuk memilih ikan laga yang diminati. Di penghujung video, gadis ini sempat berseloroh mahu melaporkan perkara ini kepada PETA.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan pihak majlis kahwin yang memilih ikan l4ga sebagai doorgift mereka.

“Pergi kenduri mau happy, malah diberi tanggungjawab”, komen seorang warganet secara berseloroh.

Video penuh:

Kredit: Agatha

Be the first to comment on "Majlis Kahwin Beri Ikan Laga Sebagai ‘Doorgift’ Buat Pengunjung Blngung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*