Nabila Huda Beng4ng Wanita Remb4t Barang Bantuan Banjir, Salurkan Semula Tapi ‘Claim’ Sumbangan Sendiri?

Dapat dilihat ramai rakyat Malaysia, tak kira umur dan jantina yang secara sukarela sanggup membantu keluarga-keluarga yang terlibat dalam banjir di Selangor baru-baru. Tak kira bangsa, kaum dan agama, semuanya berganding bahu untuk menolong mereka yang terkesan.

Namun, tak kurang juga ada yang tetap mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan yang dilalui oleh orang lain. Pelakon terkenal Malaysia iaitu Nabila Huda hari ini meluahkan rasa kecew4 dan ber4ngnya terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mencur1 barangan untuk disalurkan kepada m4ngsa banjir.

Wanita terbabit kemudiannya telah membawa barangan tersebut ke tempat lain untuk didermakan, namun dia akan mend4kwa sumbangan barangan itu datang daripada dirinya sendiri.

Nabila Huda telah memuat naik satu kenyataan tentang perkara terbabit menerusi akaun Twitter peribadinya. Untuk pengetahuan semua, pelakon tersebut sememangnya aktif membantu m4ngsa yang terlibat dalam benc4na banjir di negara kita baru-baru ini.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Nabila juga, wanita terbabit mengatakan dia memang berpengalaman selama 10 tahun dalam penglibatan sebagai ahli NGO dan wanita itu mahu menyalurkan bantuan kepada m4ngsa banjir.

Rupa-rupanya, penduduk di kawasan banjir beserta imam masjid di situ sebenarnya ada juga mengadu bahawa wanita yang dikatakan tersebut memang akan ambil barangan untuk m4ngsa banjir yang diletakkan di sebuah masjid kampung itu dan dia kemudiannya telah bertindak menghantarnya ke kawasan lain.

Apa yang membuatkan ramai orang marah dengan tindakan wanita ini, dia juga dikatakan akan mendakwa barangan yang disumbangkan itu bukan dari masjid sebaliknya daripada dirinya sendiri. Jadi, ramai beng4ng sebab dia ni dah cur1 kredit kerja orang lain dan claim semuanya darinya sendiri. 

Ini menyebabkan ntizen yang lain turut kecew4 sebab masih ada lagi orang yang tidak bertanggungjawab seperti ini terutamanya ketika ramai orang yang sedang bersusah.

Sumber: LM

Be the first to comment on "Nabila Huda Beng4ng Wanita Remb4t Barang Bantuan Banjir, Salurkan Semula Tapi ‘Claim’ Sumbangan Sendiri?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*