Harith Iskander D4kwa Tak Bantu Mngsa Banjir, ATM Bersuara Siap Tepek Gambar Bukti

Sebelum ini, pelawak Harith Iskander telah mengeluarkan kenyataan dengan mempersoalkan peranan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu m4ngsa banjir di media sosial miliknya.

ATM bagi penjelasan

D4kwaan itu telah menarik perhatian ramai pihak untuk memberi reaksi dan respon termasuklah pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menerusi ruangan komen di platform itu, ATM memberi penjelasan dengan menegaskan pelbagai agensi telah turun padang membantu m4ngsa banjir.

Saudara juga turut turun padang dalam menyalurkan bantuan kepada m4ngsa-m4ngsa banjir yang terjejas. Kita percaya masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab kepada masyarakat yang lain.

Angkatan Tentera Malaysia tidak terkecuali dalam berganding bahu bersama-sama dengan pelbagai agensi bagi membantu mangsa bencana banjir.

Antaranya adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

Turut terlibat, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam pengurusan benc4na banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Wisma Sri Pahang.

Marilah kita sama-sama berdoa agar segala usaha kita sama ada melalui agensi keselamatan mahupun secara individu seperti mana yang dilakukan oleh saudara Harith dan seluruh keluarga Malaysia dalam membantu mereka yang terkesan dipermudahkan segala usaha dan perjalanan kita.

Dalam entri yang sama, ATM turut memuat naik beberapa keping foto bagi mengukuhkan lagi pihak tersebut berada di tempat kejadian.

Gesa minta maaf

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik nama Harith Iskander Musa.

Malah, ada yang menggesa pelakon berumur 55 tahun itu untuk membuat permohonan maaf kepada ATM.

Terdahulu, Harith mend4kwa tidak melihat anggota ATM sepanjang empat hari dia berada di kawasan terjejas banjir iaitu di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Sumber: Facebook @Harith Iskander

Be the first to comment on "Harith Iskander D4kwa Tak Bantu Mngsa Banjir, ATM Bersuara Siap Tepek Gambar Bukti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*