“Tangan tu…sentvh apa tu” – Bergvrau Dgn Zul Ariffin, Ruhainies Dikatakan ‘Tersentvh’ Zul Punya….

Sebelum ini, dua pelakon t4nah air iaitu Zul Ariffin dan Ruhainies telah menjadi perhatian orang ramai selepas tvlar dua video memaparkan kemesraan mereka berdua.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna instagram, kelihatan Ruhainies bermesra dengan Zul sampai tersentvh bahagian bawah perut Zul Ariffin

Video

Reaksi Netizen

Tidak pasti sengaja atau tidak, adegan mesra itu sempat mengundang pelbagai reaksi daripada netizen sehingga ada yang menyifatkan mereka sebagai pasangan kekasih .

Namun, ada juga yang beranggapan bahawa kedua orang pelakon itu telah mendirikan rumah tangga dek kerana kemesraan mereka salin tak tumpah seperti pasangan suami isteri.

Berhubung dengan perkara itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas telah tampil memberikan penjelasan akan persoalan itu.

Menurutnya, hubungan mesra dengan Zul Ariffin hanyalah sekadar seorang rakan karib dalam industri sekaligus mene.pis dak.waan mereka berdua telah mendirikan rumah tangga.

Saya dengan Zul tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini ter.sebar, biasalah netizen akan ‘bersua­ra’.

Video yang pertama dirakam ketika kami sama-sama menghadiri majlis Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Sementara video yang kedua pula dirakam ketika Zul melawat saya di set penggambaran dua hari lalu.

Ruhainies dan Zul Ariffin saling bergandingan dalam drama Wifi Sebelah Rumah.

Tambahnya lagi, netizen mungkin tidak mengenali hubungan rapat antara mereka berdua sehingga timbul sifat kurang senang terhadap kemesraan itu.

Zul tahu perangai saya dan saya juga tahu perangai dia. Zul sebenarnya bukanlah seperti apa yang orang ramai fikirkan.

Bercerita mengenai video yang tular itu, Ruhainies mengakui kedua-dua video tersebut telah dirakam oleh pembantu peribadinya sebelum dimuat naik ke laman TikTok.

Katanya, dia tidak sesekalipun memarahi tindakan pembantunya itu selain mengakui perkara tersebut merupakan cara mereka bermesra sebagai kawan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : instagram @zul_aydafanss

Aksi mesra Ruhainies, Zul Ariffin curi perhatian warganet

PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffn dan Ruhainies mencuri perhatian warganet selepas dilihat terlalu bermesraan menerusi beberapa video yang dimuat naik seorang pengguna di platform TikTok.

Menerusi video pendek tersebut, kedua bintang itu dilihat berpegagan tangan dan berpelukan ketika berada di sebuah pusat beli belah di ibu kota.

“Hari ini depa (mereka) lagi sweet lah, auch,” tulis pemilik akaun berkenaan pada ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi berhubung video tersebut, malah ada yang menganggap hubungan rapat mereka itu seperti adik beradik.

“Mungkin anggap macam adik sahaja. Macam Nelly (pelakon Nelydia Senrose) dengan Sharnaaz. Mereka rapat macam adik dan abang,” tulis seorang warganet.

“Kahwin cepat sikit boleh. Sumpah comel,” komen juga seorang pengguna TikTok.

“Betul, kena sporting. Dah macam adik beradik sebab kerana lama sangat bekerjasama di set drama atau filem,” komen lagi seorang warganet.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen dilihat kurang senang dengan video kemesraan selebriti tersebut yang tular di media sosial apatah lagi sebelum ini pelakon itu dilihat mengikuti program kebajikan bersama pendakwah Ustaz Ebit Lew.

Video satu lagi ini dirakam semasa mereka menghadiri sebuah majlis di ibu kota dan dikongikan pengguna TikTok yang sama.

“Hari itu masa ikut Ebit Lew cakap tidak mahu berlakon sentuh-sentuh perempuan lagi. Lupa lah itu,” tulis seorang netizen.

“Sweet ke? Dosa?’ tulis ringkas seorang warganet.

“Saya yang buat dengan ibu kandung pun dikecam apatah lagi orang yang buat kandung media dengan bukan muhrim,” komen lagi seorang netizen.

Sumber: BH

Zul Ariffin Pelakon Lelaki Terbaik FFM31

KUALA LUMPUR: Watak ahli sukan bela diri campuran (MMA) dibawa dalam filem Sangkar menjulang Zul Ariffin sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 yang disiarkan secara langsung TV2 dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam tadi.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, trofi dambaan ramai itu menjadi milik Sinje Lee menerusi lakonannya dalam filem The Garden Of Evening Mists.

Mengulas kemenangannya, Zul gembira filem Sangkar memberi kenangan manis buatnya.

“Sangkar sangat istimewa kerana bukan sahaja memenangi banyak trofi pada malam ini, malah, tema diketengahkan adalah kemaafan.

“Babak mohon maaf yang dilakukan Remy dalam Sangkar adalah jantung kepada filem ini,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Sementara itu, aktor Remy Ishak cemerlang apabila membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Sangkar.

Sambil meluahkan rasa syukur, Remy berkata, trofi itu sudah lama diidamkan.

“Sepanjang 15 tahun berada dalam bidang ini, saya pernah beberapa kali bergelar calon. Namun, masih belum ada rezeki untuk menang.

“Saya ada simpan hasrat untuk menang. Alhamdulillah, malam tadi impian saya termakbul,” katanya.

Filem Sangkar yang diterbitkan Primeworks Studios (PWS), Astro Shaw, Infinitus Gold dan MM2 Entertainment juga meraih tiga trofi lain.

Sangkar mengungguli kategori Pengarah Terbaik dimenangi Kabir Bhatia; Anugerah Tatarias Terbaik (Ella Sandera) dan Penataan Seni Terbaik (Nazrul Asraff Mahzan).

Sementara itu, pelakon Fify Azmi dan Anding Irawani melakar sejarah peribadi apabila meraih trofi Pelakon Wanita Harapan dan Pelakon Lelaki Harapan.

Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5, 000 dan trofi.

Fify atau nama sebenar, Nur Afiqah Mohamed Azmi mengaku trofi itu cukup bermakna kerana pengorbanan membawakan watak Zain dalam filem Wira sangat berbaloi.

“Untuk membawa watak Zain, saya perlu memotong rambut. Sebelum ini, saya tidak pernah berambut pendek. Jadi pengorbanan amat berbaloi,” katanya.

Berkongsi keterujaan sama, Anding mengaku cedera ketika melakonkan filem Headhunter.

“Jari saya hampir putus pada hari pertama penggambaran. Kecederaan itu membuatkan jari saya terpaksa dijahit,” katanya.

Sementara itu, pengarah filem Fly By Night, Zahir Omar mengungguli kategori Pengarah Harapan.

Memberi dedikasi kepada sahabatnya yang sudah meninggal dunia, Zahir berkata, filem itu memberi cabaran kerana terpaksa melalui banyak kekangan sebelum disiapkan.

“Cabaran terbesar adalah untuk menyiapkan. Filem ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan iaitu empat tahun.

“Kami juga menghadapi masalah mendapatkan pembiaya. Mujur ada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membantu kami menyiapkan naskhah ini,” katanya yang menerima ganjaran trofi dan wang tunai RM5,000.

Be the first to comment on "“Tangan tu…sentvh apa tu” – Bergvrau Dgn Zul Ariffin, Ruhainies Dikatakan ‘Tersentvh’ Zul Punya…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*