Kisah ‘Abang Viva V1ral’ Bawa B0t Dari Melaka Ke Shah Alam Dengan Bekalan RM50

Beberapa hari lalu, banjir besar yang berlaku secara mendad4k di Shah Alam menyebabkan beribu-ribu penduduk terperangk4p dan memohon bantuan dengan segera kerana air naik dengan cepat.

Begitu banyak mesej yang diterima dan di’viral’kan dengan harapan bantuan dapat sampai dengan segera kerana masing-masing tidak dapat masuk ke kawasan yang terlalu tinggi airnya.

Dalam kekalutan mendapatkan bantuan, ramai NGO dan orang persendirian telah cuba mendapatkan bot.

Amat sayu sekali apabila jalanraya kelihatan mula didatangi dengan kereta bernombor plat dari luar Selangor datang membawa bot.

Salah seorangnya adalah Azwan Omar, yang ditvlarkan di media sosial dengan gelaran ‘Abang Viva’.

Beliau difahamkan bergerak solo dari Melaka, dengan menaiki Viva dan membawa bot untuk m1si membantu m4ngsa banjir di Shah Alam.

Dengar kata pada hari kejadian hanya bawa bekalan RM50. Hebat abang Azwan ni kan?

KISAH ‘ABANG VIVA’ SELAMATKAN PULUHAN MANGSA BANJIR DI SHAH ALAM DENGAN BEKALAN RM50

Saya cukup tersentuh membaca kisah Abang Viva yang datang dari Melaka untuk menyelamatkan m4ngsa banjir di Shah Alam. Kisah Abang Viva seperti berikut:

1. Abang Viva ini bernama Azwan Omar yang datang dari Melaka ke Shah Alam dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbung keretanya.

2. Dia hanya berbekal duit sebanyak RM50. Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perut.

3. Dia bekerja sebagai operator mesin dan memohon cuti kecem4san dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan m4ngsa banjir.

4. Antara m4ngsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpvh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilah1rkan.

5. Sejak lima hari lepas, Abang Viva hanya alas perut dengan makan roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun dia terus kental untuk selamatkan m4ngsa-m4ngsa banjir.

6. Cerita dia tersebar menyebabkan orang ramai menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain.

7. Abang Viva berkata, “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada m4ngsa banjir”

8. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia hanya orang biasa tanpa pangkat dan gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa. Dia di antara hero yang tidak dikenali tetapi kaya jiwa dan budi.

9. Moga Allah memberkati dan memberi kekuatan atas usaha Abang Viva menyelamatkan m4ngsa banjir. Abang Viva hero kami!

Susulan penulisan yang tvlar ini, kami cuba dapatkan lebih info tentang Azwan Omar ini.

Bila kami buat carian, kami dapati dia juga meminjamkan botnya untuk kegunaan Team Amal Sabak Bernam.

Menurut Imran Abm melalui hantaran Facebooknya, Abang Viva V1ral ini hanya tidur dalam kereta saja ketika berada di sana.

Sikapnya yang pemurah dan ‘humble’ sangat disenangi oleh orang yang berjumpanya.

MEMULAKAN PERJALANAN SENDIRIAN DARI MELAKA KE SELANGOR

Menurut laporan oleh Harian Metro, Azwan adalah lelaki yang membawa bot menggunakan Perodua Viva seorang diri dari Melaka ke Selangor untuk membantu mangsa banjir di sekitar Selangor sebelum usaha murninya itu tuvlar di media sosial.

Katanya, dia memulakan perjalanan dari Melaka ke Selangor pada Sabtu lalu sebelum menuju ke Klang diikuti Puchong serta Taman Sri Muda, Shah Alam sebelum balik ke negeri asalnya Selasa lalu.

“Tugas saya mengangkut mangsa banjir keluar dari tempat masing-masing dan adakalanya membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau agensi menghantar makanan kepada m4ngsa memerlukan.

“Walaupun penat, saya puas dapat berbakti kepada orang ramai dan pengalaman ini amat bermakna dalam hidup saya,” katanya.

PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN SEMASA MISI MENYELAMAT

Azwan berkata, pengalaman paling tidak dapat dilupakan apabila dia terserempak dengan warga emas wanita yang terperangk4p di rumah dua tingkat di Taman Sri Muda yang sudah dinaiki air separas bumbung kereta, petang Ahad lalu.

“Warga emas itu meredah banjir dalam rumahnya untuk meminta bantuan selepas terperangk4p bersama suaminya yang lumpvh ketika bot saya melalui kawasan rumahnya.

“Hati saya tersentuh dan terkenang ibu bapa saya apatah lagi wanita itu memberitahu mereka tidak makan dua hari dan hanya bertahan dengan minum air paip.

“Saya bersyukur Allah mempermudahkan urusan apabila bot tentera tiba-tiba melalui kawasan itu dan membantu mengeluarkan dua warga emas itu ke tempat lebih selamat,” katanya.

TIDAK TAHU TULAR DI MEDIA SOSIAL

Menurutnya, dia tidak mengharapkan ganjaran mahupun pujian kerana niatnya cuma mahu membantu mereka memerlukan memandangkan musibah banjir yang melanda Selangor amat luar biasa kali ini.

Saya pun tak mengharap apa-apa apatah lagi hendak popular kerana datang sana (Selangor) dengan niat ikhlas hendak bantu, malah saya pun tak tahu siapa rakam gambar saya dan tvlarkan.

“Kalau hendak bantu kewangan saya pun kurang, jadi saya rasa mampu bantu dari segi tenaga.

“Saya ada bot yang saya gunakan untuk memancing, jadi saya pun red4h sahaja dengan niat untuk membantu mereka,” kata Azwan Omar,29.

Saya rasa ini sahaja yang termampu saya buat, jadi saya gunakan apa yang ada lebih-lebih lagi saya mendengar pasukan penyelamat memerlukan bantuan bot dari luar,”.

Wah, memang tersentuh baca kisah ‘Abang Viva V1ral’ ni kan? Semoga ia menjadi inspirasi buat kita juga!

*Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Kisah ‘Abang Viva V1ral’ Bawa B0t Dari Melaka Ke Shah Alam Dengan Bekalan RM50"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*