‘Abang Viva’ Red4h Pahang Pula, Dlgelar Her0 Banjir – “Bagi dia anugerah tok0h!”

Selepas menyelamatkan m4ngsa banjir di sekitar Selangor, seorang pemuda Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ dikhabarkan bertolak ke Pahang pula bagi membantu mereka yang memerlukan.

Menerusi beberapa posting di laman Facebook, orang ramai mend4kwa terlihat kelibat pemuda berusia 29 tahun tersebut memandu dengan membawa bot menggunakan Perodua Viva menuju ke negeri Darul Makmur itu.

Kemas kini terbaru, m1si bantuan ke Pahang pula

Seorang individu, Adam Shah Mukhrizs turut mengesahkan perkara terbabit menerusi group Geng Viral Melaka selepas mendakwa telah menghubungi kakak Azwan yang mengatakan pemuda dari Melaka itu kini berada di Bera.

Lepas dia pulang melaka, kita akan buat ‘live’

Ada kat Bera, baru telefon kakak dia

Antara posting lain

Meninjau reaksi warganet di laman Twitter pula, ramai mengagumi sikap murni dan keprihatinannya menyumbang tenaga sehingga berjaya menyelamatkan ny4wa puluhan m4ngsa yang terperangk4p dalam kediaman.

Rata-rata menyifatkan pemuda yang bekerja sebagai operator mesin itu adalah hero sebenar, malah ada juga segelintir menggesa agar Azwan diangkat sebagai ikon atau diberi gelaran Datuk tanda penghargaan.

Tokoh Negarawan 2022

Syabas atas khidmat anda!

Syurga tertinggi untuk brader!

Bagi dia gelaran Datuk

Sejuk perut mak dia…

Terdahulu, kisah Azwan tvlar di media sosial apabila nekad membantu m4ngsa yang terjejas selepas memohon cuti kecem4san daripada majikan selain hanya mempunyai RM50 untuk ke Lembah Klang.

Sumber: Facebook , Twitter

Be the first to comment on "‘Abang Viva’ Red4h Pahang Pula, Dlgelar Her0 Banjir – “Bagi dia anugerah tok0h!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*