Positif C0vid-19: Harris Alif Kuarantin Di Rumah, Intan Ladyana Dikejarkan Ke H0spital

Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif didvga apabila mereka disahkan positif C0vid-19.

Kami baik-baik saja

Ketika dihubungi OhBulan!, Harris, 22, berkata dia dan Intan, 39, berada dalam kondisi yang baik.

Kata pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi, dia sedang menjalani kuarant1n di rumah manakala pelakon filem Adnan Semp1t terpksa dikejarkan ke Hospital Sungai Bul0h (HSB), malam tadi.

Alhamdulillah buat masa sekarang, saya dan isteri berada dalam keadaan baik. Saya kini sedang kuarant1n di rumah, Intan yang berada di hospital.

Bagaimanapun, ketika ditanya keadaan bayi dalam kandvngan, Harris memilih untuk tidak menjawab.

Jawapan ringkas itu dijawab oleh bekas juara program realiti, Idola Kecil musim 3 menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

Sama-sama kita doakan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

Sebelum ini, program hiburan terbitan TV3, Melodi melalui Instagram (IG)nya melaporkan tentang situasi pasangan tersebut di samping memohon doa daripada orang ramai.

Pelakon @intanladyana terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif COVID-19. Beliau kini dikhabarkan ham1l anak pertama dan suaminya, @harrisalif disahkan positif COVID-19.

Sama-sama kita doakan kesihatan Intan dan suami pulih seperti biasa.

Hantaran itu telah menarik perhatian ramai rakan selebriti untuk mendoakan kesejahteraan Harris, Intan dan bayi yang berada dalam kandvngan. Antara yang meninggalkan komen adalah Nora Danish, Didie Alias, Lan Solo dan Liza Abdullah.

Terdahulu, Intan dan Harris bernikah di Masjid Wilayah di sini, pada 4 Februari lalu selepas lebih setahun berkenalan.

Sumber: Instagram @meloditv3

Be the first to comment on "Positif C0vid-19: Harris Alif Kuarantin Di Rumah, Intan Ladyana Dikejarkan Ke H0spital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*