Dah makan banyak, tiba-tiba nampak benda bergerak celah nasi dengan salm0n…

Bayangkan apabila sedang enak menjamu selera, tiba-tiba terlihat sesuatu sedang bergerak di dalam makanan tersebut.

“Advh terus kemb4ng tek4k, gh1sauu,” tulis seorang warga maya di sebuah video yang dikongsikan Suzlina Baharim,39 baru-baru ini.

Video itu memperlihatkan seek0r ul4t sedang bergerak di dalam pinggan nasi yang sudah lebih separuh dimakan.

Bercakap kepada mStar, Suzlina atau mesra dipanggil Lin berkata, kejadian berlaku ketika dia dan rakannya sedang menikmati makan tengah hari mereka di sebuah kedai di Subang.

“Masa tu kami order Aglio Olio dengan Nasi Goreng Salmon, tapi masa tu officemate nak tukar makanan sebab Nasi Goreng Salmon tu agak sejuk dan berminyak.

“Tengah akak makan nasi goreng dengan salmon tu akak nampak macam ada benda bergerak, bila tengok ul4t tu bergerak dari celah nasi dan ikan salm0n,” katanya yang bertugas di sebuah syarikat minyak dan g4s.

Lin yang menetap di Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang berkata, mereka terus memaklumkan perkara tersebut kepada pelayan di kedai terbabit.

“Muka dia (pelayan) terperanjat dan cepat-cepat dia nak ambil pinggan akak tapi akak minta balik sebab nak ambil video.

“Pelayan tu minta maaf dan mereka gantikan makanan akak dengan kek, kami juga tak perlu bayar makanan yang dimakan,” katanya.

Menurut Lin, dia bagaimanapun mengakui telah memvntahkan makanan yang dijamahnya itu sebaik sahaja pulang dari kedai makan terbabit.

Nasihat akak sebelum makan tengok dulu makanan yang di makan, jangan sangka kedai yang cantik, popular tak ada kekurangannya.

SUZLINA BAHARIM

Lin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan populariti sesebuah kedai, sebaliknya pastikan restoran yang dipilih bersih.

“Restoran ni kali pertama kami makan, kedai bersih dan restoran ni popular di Subang.

“Cuma keadaan belakang restoran je agak k0t0r.

“Nasihat akak sebelum makan tengok dulu makanan yang di makan, jangan sangka kedai yang cantik, popular tak ada kekurangannya,” katanya.

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Dah makan banyak, tiba-tiba nampak benda bergerak celah nasi dengan salm0n…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*