“Ingat, Apa-apa Jadi Pada Aku Lepas Ni Kau Puncanya Sera”

Rumah tangga pelawak Shuk Sahar sering menjadi perhatian ramai apabila isterinya, Rossa Serra sering berkongikan luahan hati serta mended4hkan wujudnya orang ketiga.

Baru-baru ini, perkongsian Serra mencur1 perhatian apabila dia mengucapkan terima kasih buat suaminya di atas ucapan sempena ulang tahun kelahirannya.

Serra turut memuat naik perbualan antaranya dengan suami di media sosial. Difahamkan, Shuk cuba memujuk Serra pulang ke Sabah untuk berbincang namun tidak dilayan.

Apa yang menjadi perhatian, Shuk seolah memberi amaran kepada Serra supaya tidak menyes4l jika sesuatu berlaku pada dirinya.

“Tak pe Sera kau ingat ye..apa-apa jadi pada aku selepas ni jangan kata tak ada kaitan, kau ingat Sera kau pvncanya. Terima kasih.

“Selamat hari jadi aku doakan kau panjang umur, murah rezeki dan dipanjangkan usia untuk anak-anak aku sebab kau tetap ibu anak-anak aku,” katanya.

Awal November, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cera1 selepas lima tahun berdepan k0nflik rumah tangga.

Sumber: gempak

Be the first to comment on "“Ingat, Apa-apa Jadi Pada Aku Lepas Ni Kau Puncanya Sera”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*