Dari Melaka Angkvt B0t Naik Viva, Lelaki Bantu M4ngsa Banjir Tak Harap Ganjaran

Banjir yang sedang mel4nda di beberapa negeri ketika ini dilihat agak bvruk kerana air naik mendad4k hingga ramai yang tidak sempat menyelamatkan harta benda.

Bukan itu sahaja, m4ngsa-m4ngsa juga terperangk4p setelah air naik sehingga melepasi tahap b4haya. Operasi menyelamat turut  mengalami kesukaran terutamanya di sekitar Selangor susulan bekalan elektr1k terputvs dan kesukaran bot memasuki kawasan perumahan.

Namun begitu, inisiatif daripada badan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan pihak berkuasa sememangnya harus dipuji kerana sama-sama bergand1ng bahu memberi bantuan.

Dari Melaka ke Selangor

Paling mendapat perhatian adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Azwan yang sanggup datang dari Melaka bersama Perodua Viva yang membawa bot persendirian untuk tampil sama-sama membantu m4ngsa banjir.

Perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter dikenali sebagai @KulupKudin telah tular apabila memuat naik gambar Abang Azwan yang gig1h membawa botnya dari satu kawasan ke kawasan lain yang memerlukan bantuan.

Difahamkan, dia telah ke kawasan-kawasan terjej4s  seperti di Shah Alam, Puchong dan seterusnya ke Sri Muda untuk sama-sama memberikan bantuan menyelamat.

Akan beri duit sumbangan kepada yang lebih perlu

Terkesan dengan kebaikkan Abang Azwan, ramai pihak yang mahu menghulurkan sumbangan kepadanya untuk minyak kereta, petrol atau apa-apa yang mampu meringankan beban lelaki itu ketika operasi menyelamat.

Namun, apa yang lebih mengharukan adalah Abang Azwan atau nama sebenarnya Azwan bin Omar memaklumkan yang dia melakukan perkara tersebut dengan ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran.

Walaupun memberikan nombor akaun bank peribadinya, namun dia menyatakan duit yang diterima itu akan diberikan kepada m4ngsa-m4ngsa banjir kerana apa yang dilakukan hanyalah satu bentuk rasa prihatin terhadap benc4na yang berlaku.

Tak perlu kereta mewah, naik Viva je

Tindakan murni lelaki tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata begitu sebak dengan apa yang dilakukan dan mendoakan agar Abang Azwan diberi keselamatan semasa menjalani operasi menyelamat serta segala urusannya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Mulianya hati Abang Azwan

Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik

Semoga Abang Azwan terus diberi kesihatan tubuh badan

Masih gigih teruskan operasi menyelamat

Menerusi Facebook peribadinya, Abang Azwan dilihat sempat bergambar di atas bot yang dikelilingi banjir dengan memaklumkan masih disini (Selangor) untuk meneruskan misi kebajikan bagi memastikan m4ngsa-m4ngsa banjir selamat.

Sumber: Twitter KulupKudin, @hasrulhashim, FB Azwan bin Omar

Be the first to comment on "Dari Melaka Angkvt B0t Naik Viva, Lelaki Bantu M4ngsa Banjir Tak Harap Ganjaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*