Wanita Vietnam D4kwa Badannya Mampu Hasilkan Bau Wangi Semulajadi

Selain barangan dapur seperti Tupperware, koleksi minyak wangi juga menjadi antara barangan kegemaran kaum wanita di luar sana. Pantang nampak ada jualan murah, mesti nak beli botol baru perfume kegemaran kan.

Namun, seorang wanita di Vietnam ini pula nampaknya tak perlu menghabiskan wang setiap tahun untuk membeli minyak wangi kerana dia mendakwa badannya mampu menghasilkan atau mengeluarkan bau wangi seperti bunga-bungaan semulajadi, lapor Oddity Central.

Merupakan seorang tukang jahit, wanita yang dikenali sebagai Dang Thi Tuoi itu dikatakan boleh mengeluarkan bau wangi seperti bunga jika kul1t atau tangannya dig0s0k-g0s0k.

Dia mend4kwa dia mula menyedari dia mempunyai kelebihan itu sejak beberapa tahun lalu selepas dia tiba-tiba terh1du bau wangi dan rupa-rupanya bau itu datang dari dirinya sendiri.

Namun, wanita itu mengatakan bau itu akan berkurangan jika dia datang bulan dan ia akan menjadi lebih kuat ketika waktu bulan penuh.

Kisah wanita di Vietnam ini telah menjadi tular setelah dikongsikan menerusi sebuah video YouTube pada April tahun ini. Boleh tengok video tu di sini.

Selain Tuoi, ada juga seorang lagi wanita Vietnam iaitu Dung yang turut mend4kwa dirinya juga memiliki kebolehan menghasilkan bau wangi semulajadi.

Dung mengatakan dia dah lama tahu kulitnya boleh mengeluarkan bau semerbak itu namun baru sekarang dia memberitahu orang sekeliling tentang kebolehannya itu.

Walau bagaimanapun, setakat ini, masih belum ada penjelasan secara saintifik yang mampu membuktikan mengapa dua orang wanita ini boleh mengeluarkan bau wangi seumpama itu daripada kulit mereka.

Sumber: YouTube Doc La Binh Duong

Be the first to comment on "Wanita Vietnam D4kwa Badannya Mampu Hasilkan Bau Wangi Semulajadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*