Bawa Anak Pergi Majlis Kahwin Bek4s Isteri, Lelaki ‘Terseb4k’ Di Atas Pelamin

Bercerai bukan satu fasa untuk bermusvh, sebaliknya masih terdapat ramai individu yang menjalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan terutama untuk kasih sayang dan masa depan anak-anak.

Bagi Mohd Asraf Firdaus, dia menyambut baik perkhabaran mengenai bek4s isterinya yang bertemu jodoh lagi dengan membawa anak lelaki mereka Muhammad Aisy Firash ke majlis pernikahan wanita tersebut baru-baru ini.

Semoga bahagia!

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, dia yang juga seorang tukang gunting rambut profesional dilihat menyediakan pakaian untuk anak lelakinya yang berusia empat tahun itu sebelum hadir ke majlis berkenaan.

“Kita nak pergi dekat mama kahwin. Aisy kena pakai baju ni,” tulisnya.

Sedondon anak beranak berona ‘gold’, Mohd Asraf turut merakam momen di atas pelamin bagi meraikan sekali gus sempat mengusik dengan meminta pasangan pengantin memegang tangan antara satu sama lain.

Selepas itu, dia dilihat seolah-olah mengesat air mata bahagia selepas teruja bagi meraikan hari bahagia pasangan mempelai tersebut.

“Papa doakan semoga bahagia dunia hingga ke syurga untuk mama dan ayah baru awak Aisy,” luahnya.

Video berdurasi 19 saat itu menerima 1.3 juta tontonan selain hampir 1,300 komen netizen yang rata-rata memuji hubungan baik lelaki itu dengan bekas isterinya tanpa berasa kekok demi anak tersayang.

Tak perlu kot komen ‘semoga tabah’?

Terbaik! Moga masing2 bahagia

Sedih pun ada

Bila kita reda, semua lancar

Difahamkan, Mohd Asraf yang memiliki saluran YouTube sendiri juga telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita dikenali sebagai Rabiatu Adawiyah.

Sumber: TikTok @mohdasraffirdaus

Be the first to comment on "Bawa Anak Pergi Majlis Kahwin Bek4s Isteri, Lelaki ‘Terseb4k’ Di Atas Pelamin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*