Tak Selesa Rambut Warna Perang, Fasha Sandha Malu Nak Keluar Rumah

Pelakon Fasha Sandha mengakui kurang selesa dengan imejnya berambut perang apatah lagi pertama kali mewarnakan rambut dengan warna sedemikian.

Meskipun berat hati, namun Fasha berkata dia terpaksa melakukan demi menjayakan wataknya sebagai Hanim dalam drama Khilaf Asmara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


“Sejujurnya saya memang tak selesa dengan rambut berwarna sebegini. Tapi memandangkan ia untuk karakter, saya buat juga.

“Sebab ini juga daripada pengarah drama itu sendiri untuk p0t0ng dan warna rambut saya untuk nampak kelainan. Mereka nak nampak saya betul-betul lain,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia tidak kisah jika diminta untuk p0t0ng rambut, namun akur untuk mewarnakannya walaupun berat hati.

“Mula-mula memang tak boleh nak terima, saya jadi malu keluar rumah. Habis saja shooting, saya akan warnakan hitam semula,” katanya.

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Tak Selesa Rambut Warna Perang, Fasha Sandha Malu Nak Keluar Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*