Bayi Baru L4hir Dah Ada G1gi, Ramai Cakap Bawa ‘Tu4h’ Tapi Doktor Saran Cabvt

Gigi natal merupakan g1gi yang muncul semasa bayi dilah1rkan. Kebiasaanya g1gi ini akan dibuang kerana ak4rnya tidak kuat dan mudah tercabvt sehingga membolehkan bayi tercek1k jika tertel4n gigi berkenaan. Keadaan ini sangat jarang berlaku, sekitar satu kes dalam 2000 bayi yang baru dilahirkan.

Gigi dibuang

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita, Ciknurul di akaun TikTok, dia berkongsi kisah anaknya yang baru sahaja dilahirkan namun memiliki dua batang gigi di bahagian bawah.

Jelas doktor, keadaan itu berlaku akibat dirinya yang terlebih kalsium dan menyarankan agar gigi tersebut dibuang kerana terlalu lembut, bimbang bayi akan tertelan jika tercabut.

Doktor cakap terlebih kalsium, dan doktor hospital buat surat suruh cabut sebab gigi dia lembut dan bergoyang.

Katanya lagi, anak keduanya itu mempunyai rambut berwarna putih sejak dari dalam perut lagi, manakala bagi anaknya yang ketiga ini sudah mempunyai gigi ketika dilahirkan.

Saya anak nombor dua ada tumbuh rambut putih dari dalam perut, nombor tiga tumbuh gigi pula.

Video yang berdurasi selama 17 saat itu meraih lebih 976 ribu tontonan dan mendapat lebih 50 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh:

‘Selalu bawa tuah ni’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa bayi itu membawa tuah kerana perkara ini jarang berlaku. Malah, ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama iaitu sejak lahir sudah mempunyai gigi.

Sumber: Ciknurul

Be the first to comment on "Bayi Baru L4hir Dah Ada G1gi, Ramai Cakap Bawa ‘Tu4h’ Tapi Doktor Saran Cabvt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*