Isteri Beria Buat Kejut4n, Suami Masuk Rumah Langsung Tak Pandang

Meskipun menjalani kehidupan rumah tangga dalam serba kekurangan, pasti terdapat individu berusaha untuk menggembirakan hati pasangan terutama pada hari istimewa yang perlu disambut bersama.

Bagaimanapun, tidak semua usaha dibalas dengan kasih sayang sebaliknya terpaksa menel4n kepah1tan dan terus tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Situasi seperti itu boleh digambarkan mengenai seorang wanita ini apabila melakukan satu kejvtan dipercayai untuk suami tersayang, namun reaksi lelaki tersebut tidak seindah seperti disangka.

Video pasangan itu dimuat naik di akaun TikTok @c_ehem memaparkan wanita tersebut menyambut kepulangan suami dengan sebiji kek yag lengkap nyalaan lilin tetapi lelaki terbabit tidak memberikan sebarang reaksi.

Sebaliknya, dia dilihat tergesa-gesa beredar dari situ walaupun isteri sudah teruja dan tersenyum lebar yang mungkin menantikan kata-kata penghargaan daripada suami.

Tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut berlaku di negara ini atau sebaliknya, tetapi rakaman berdurasi 39 saat itu meraih 11.5 juta tontonan dan hampir 52,000 komen dalam kalangan netizen Malaysia.

Rata-rata meluahkan rasa sebak dan kasihan apabila melihat peng0rbanan wanita berkenaan langsung tidak dihargai selain meminta agar golongan lelaki belajar menghargai pasangan dalam apa jua situasi.

Jangan sampai isteri tawar hati…

Sedih tengok video ni

Dia tetap senyum!

Hargai la usaha isteri tu…

Kesian tak dilayan

Ramai memahami situasi yang berlaku kepada akak ni, memang terasa! Malah ada juga yang kata kalau sekadar ‘content’ pun, patut dijadikan pengajaran untuk pasangan lain.

Sumber: TikTok @c_ehem

Be the first to comment on "Isteri Beria Buat Kejut4n, Suami Masuk Rumah Langsung Tak Pandang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*