L3her Suami Ada Kesan Merah, Pengantin Baharu Ditanya – “Banyaknya nyamuk?”

Bukan mudah bagi menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ), apatah lagi baru mendirikan rumah tangga. Dapat pula pasangan yang bekerja sebagai badan beruniform, pasti berat hati untuk ‘berp1sah’ buat sementara.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @xexeyaya berkongsi satu video memaparkan sepasang pengantin baharu di sebuah lapangan terbang did4kwa terpaksa menjalani PJJ kerana si suami berkhidmat untuk negara.

Video dipercayai diambil semula daripada akaun TikTok milik pengantin wanita itu bagaimanapun membuatkan warganet berbual perkara lain dan bukannya mengenai ‘perp1sahan’ tersebut.

“Katanya baru kahwin, suami kena pergi bertugas. Tapi kan aku je ke nampak eh,” tulis @xexeyaya pada ciapan berkenaan.

Semuanya gara-gara segelintir netizen mend4kwa mereka ternampak suaminya mempunyai beberapa kesan lebam seperti tompokan merah pada bahagian leher sekali gus mengundang persoalan ramai.

Ciapan itu diulang kicau lebih 150 kali dan menerima 328 tanda suka selain komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi mengenai ‘pvnca’ terhasilnya kesan merah tersebut.

Selain komen berunsur k1asan dan gvrauan, ada juga segelintir individu bersangka baik mend4kwa ia mungkin akibat alerg1k, tanda lahir, kesan gigitan nyamuk atau rawatan bekam ‘dilakukan’ oleh lelaki terbabit.

Bek4m tu, angin satu badan

Bangga tayang?

Mana suami dia dapat keyakinan?

Tanda ‘hak milik kekal’ tu!

Rupanya ibu tunggal? Dah ada pengalaman…

Tu tanda lahir lah…

Banyak nyamuk kot?

Tak pun alerg1k.. Tutup la sikit leher tu

Walau bagaimanapun, carian mendapati video di akaun TikTok wanita berkenaan sudah tiada dipercayai telah dipadam atau mungkin bertukar ke mod privasi.

Sumber: Twitter @xexeyaya

Be the first to comment on "L3her Suami Ada Kesan Merah, Pengantin Baharu Ditanya – “Banyaknya nyamuk?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*