“Kalau Pagi Tak Bercakap, Petang Tu Dah Kena GeIetek lsteri (Bergurau Senda), Biar Ada Komunikasi” – Hakim Syarie

KUALA LUMPUR: Pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas yang berhadapan dengan kntr0versi rumah tangga sehingga tuI4r dalam laman sosial awal bulan ini, mencapai kata sepakat di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini untuk berbaik semula.

Persetujuan kedua-duanya untuk berbaik semula direkodkan di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yusof Sulaiman pada sebutan semula kes permohonan Mohamed Fahmi agar Nynaa kembali taat.

“Kalau pagi tidak bercakap, petang itu dah kena geIetek isteri (bergurau senda), biar ada komunikasi,” nasihat hakim berkenaan sambil menyatakan perbincangan dalam rumah tangga adalah penyelesaian terbaik.

Mereka kelihatan r0mantik bersama ketika hadir ke mahkamah berpegangan tangan ditemani ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pada 11 November lalu, Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif memfailkan tntutan supaya Nynaa (defendan) atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, kembali taat.

Berdasarkan dokumen tuntutannya, plaintif memohon perintah mahkamah agar defendan kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang di sini.

Plaintif membuat tntutan itu bertujuan menyelamatkan pernikahan mereka supaya defendan kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hdup dalam kasih sayang.

Sejurus selepas tamat prosiding, Mohamed Fahmi ketika ditemui media berkata, beliau akan mengadakan satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat bagi mengulas lanjut mengenai 1su rumah tangganya.

“We will explain everything about our situation (kami akan jelaskan situasi kami). Dekat PC (press confrence) nanti you guys (kamu semua) boleh tanya 10, 20, 30 soalan,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, Mohamed Fahmi diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Nynaa diwakili Peguam Syarie Roslizam Rahim.

Sebelum ini, media turut melaporkan Nynaa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, Johor bagi satu prosiding sebutan permohonan percraian secara baik dengan Mohamed Fahmi.

Kata Nynaa, pihaknya telah memfailkan Permohonan Pencer41an Dengan Talaq atau Dengan Perintah di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Kntr0versi pasangan itu bermula apabila pada 3 November lalu media hiburan melaporkan Mohamed Fahmi tidak pasti di mana keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor selepas ‘diIarikan’ tanpa kebenarannya beberapa hari sebelum itu.

Difahamkan, bapa Nynaa yang merupakan seorang pesara tentera tidak merestui perkahwinan mereka disebabkan faktor kewangan.

Justeru, Mohamed Fahmi membuat laporan p0Iis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berhubung kjdian itu dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya yang dkwanya, diIarikan secara pksa.

Mohamed Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber utusan via tgler

Be the first to comment on "“Kalau Pagi Tak Bercakap, Petang Tu Dah Kena GeIetek lsteri (Bergurau Senda), Biar Ada Komunikasi” – Hakim Syarie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*