Lelaki Beli Peti Ais Lama Jumpa Duit RM405,203, Serah Kepada Polis Utk Cari Pemilik.

Seorang lelaki di Korea Selatan menemukan wang  bernilai 130,000  dolar Singapura (RM405,203) yang dijumpai di bawah sebuah peti ais lama yang dibeli atas talian (online).

Jumpa 2,200 keping wang

Menurut laporan agensi Korea Selatan, MBC News, lelaki itu menjumpai kira-kira 2,200 keping wang kertas ketika sedang membersihkan lantas terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan pada 6 Ogos lalu.

Polis telah memulakan siasatan untuk menentukan sumber wang itu dan buat sementara waktu kesemua wang itu disimpan oleh pihak berkuasa. Penjual dan penghantar peti ais itu turut dipanggil untuk memberi memberi kenyataan bagi membantu siasatan.

Seorang pegawai polis, bercakap kepada MBC News, menyifatkan kes tersebut tidak masuk akal kerana melibatkan satu jumlah wang yang besar.

Selepas enam bulan wajib beri kepada orang yang jumpa

Dalam pada itu, agensi portal Korea Selatan, Allkpop melaporkan bahawa Akta HiIang dan Jumpa negara itu mewajibkan wang itu diberikan kepada orang yang menemuinya sekiranya pemilik itu tidak muncul dalam tempoh enam bulan. Walau bagaimanapun, pihak yang memperolehi mesti membayar 22 peratus cukai daripada jumlah wang berkenaan.

Sekiranya pemilik wang dapat dikesan, pihak yang menjumpainya akan diberi pampasan antara lima hingga 20 peratus. Namun, sekiranya wang tersebut didkwa mempunyai kaitan dengan jnyah, wang tersebut akan diserahkan kepada dana negara.

Sumber: detikfinanceallkpop

Kredit hburanew, mdiavral

Be the first to comment on "Lelaki Beli Peti Ais Lama Jumpa Duit RM405,203, Serah Kepada Polis Utk Cari Pemilik."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*