KJ Buat Permohonan Maaf Pada Rkyat Jika Ada Kekurangan Selama Berkhidmat.

PUTRAJAYA: Khairy Jamaluddin hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia sekiranya terdapat kekurangan sepanjang berkhidmat sejak 10 Mac tahun lalu.

Menerusi dua rakaman video versi bahasa Melayu dan Inggeris masing-masing berdurasi 8 minit 45 saat dan 7 minit 12 saat itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak.

“Saya mengambil peluang di sini untuk memohon maaf kepada sesiapa yang ada pengalaman bvruk dengan Program Imunisasi C0v1d-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan kerajaan.

“Namun saya berjanji akan terus lagi belajar, menambah baik dan berjuang untuk keadaan lebih sempurna selepas ini,” kata Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi menerusi hantaran itu.

Nada agak sayu beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK ketika berucap itu menimbulkan spekuIasi adakah ini adalah hari terakhir Khairy, 45, bertugas secara rasmi sebagai menteri.

Malah sepanjang ucapan tersebut beliau lebih banyak mengulangi perkara yang sama sudah dilaporkan pihak media tempatan sebelum ini mengenai pelbagai 1su berkaitan dengan PICK.

Tidak pula dipastikan sama ada penampilan beliau itu seperti memberi isyarat awal pengundurannya susulan spekuIasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan, peletakan jawatan ketua kerajaan akan melibatkan kesemua anggota jemaah Kabinet yang kehiIangan jawatan masing-masing secara automatik.

Khairy dalam pada itu memberi jaminan, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) akan memberi perkhidmatan terbaik dengan sasaran 50 peratus dewasa lengkap dua dos pada akhir bulan ini.

Khairy turut meminta masyarakat tidak berasa bimbang dengan lnsiden suntlkan kosong yang dituI4rkan kerana ia hanya kes terpenciI selain isu keses4kan di pusat pemberian vksin.

Pada masa yang sama ujarnya, Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan akan menerbitkan laporan mengenai tahap antib0di individu pasca vksinasi dalam waktu terdekat.

“Begitu juga program imunisasi untuk pelajar sekolah berusia 12 tahun sehingga 17 tahun akan dimaklumkan minggu depan agar ibu bapa dapat melakukan persiapan lebih awal,” jelasnya.

KemeIut yang melanda pentadbiran negara nampaknya semakin meruncing apabila khabar angin berkenaan peletakkan jawatan Perdana Menteri semakin bertiup kencang.

Semenjak UMNO menarik balik sokongan terhadap perdana menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), terdapat pegawai menteri yang telah mula mengemas barang dan mengosongkan pejabat masing-masing pada awal Ogos lalu.

Seorang pegawai menteri yang dihubungi Sinar Harian mengatakan beliau sudah pun mengemas barang-barangnya semenjak kemeIut politik melanda.

Menurutnya, barang-barangnya hanya tinggal sedikit sahaja lagi memandangkan beliau sudah mula mengemas sejak sebelum UMNO menarik balik sokongan lagi.

Berita meIaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Ini dengan menawarkan kerjasama rntas antara PN dengan parti luar sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan September depan.

Cadangan itu diusul bagi mengekalkan kerajaan untuk terus berfungsi sepanjang tempoh pndemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Tujuan cadangan itu dibuat bagi mengelakkan kumpulan kIeptorat memerintah jika kemeIut politik tidak diselesaikan dengan kadar segera, ujarnya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung petang semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Telah Mengesahkan

Seorang pemimpin Bersatu hari ini mengesahkan Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Redzuan Md Yusof, memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Kata ahli parlimen Alor Gajah itu, perkara berkenaan dimaklumkan Muhyiddin dalam pertemuan dengan ahli parlimen Bersatu selama kira-kira dua jam sebentar tadi.

“Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan,” katanya.

Kata Mohd Redzuan, Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan keadaan dan kedukan kerajaan namun ikhtiarnya itu tidak membuahkan hasil.

Menurut menteri tugas-tugas khas itu, peletakan jawatan adalah pilihan terakhir yang ada pada Muhyiddin selepas bilangan ahli parlimen yang menyokongnya menyusut dan tidak mencukupi untuk meraih majoriti di Dewan Rakyat.

“Maka ini adalah tndakan yang betul dan terhormat untuk Muhyiddin mengikut perlembagaan, dan terserah kepada Agong sama ada mahu menerima peletakan jawatan tersebut atau tidak,” katanya.

Kelihatan sangat tenang

Pun begitu, menurut Mohd Redzuan pihak yang bersungguh-sungguh mahu menjtuhkan Muhyiddin dan PN tidak boleh bergembira atau meraikan perkembangan berkenaan buat masa ini.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima, blok Bersatu masih memiliki sokongan terbesar berbanding mana-mana kumpulan lain.

Ia termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim atau pengerusi penaja Parti Pejuang Tanah Alr (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad.

Umno juga, katanya, tidak mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli parlimen.

“Maka terserah kepada Agong untuk menggunakan kebijaksanaan baginda bagi membuat keputusan. Kami mengikut perlembagaan, tak boleh membntah.

“Kami katakan kami ada 100 ahli parlimen, terpulang kepada Agong untuk ptuskan,” katanya.

Ditanya suasana semasa Muhyiddin mengumumkan rancangannya itu di depan ahli-ahli parlimen Bersatu, Mohd Redzuan berkata, ahli parlimen Pagoh terbabit tidak menunjukkan perasaan sedlh.

“Tidak… dia sangat tenang, dia seorang yang berprinsip,” katanya.

Untuk rekod sekiranya peletakan jawatan itu diperkenankan Agong selepas ini, Muhyiddin akan mencatat sejarah sebagai perdana menteri paling singkat di Malaysia setakat ini.

Dia – yang sebelum ini menjadi timbalan presiden Umno sebelum dipec4t parti terbabit – dilantik menjadi perdana menteri hasil Langkah Sheraton kira-kira 15 bulan lalu.

Rekod perdana menteri paling singkat sebelum ini dicatatkan Mahathir yang memimpin kerajaan PH selama 22 bulan sebelum dia meletak jawatan pada 23 Feb tahun lalu.

Sumber utusan online

Kredit tmsi, mdiavral

Be the first to comment on "KJ Buat Permohonan Maaf Pada Rkyat Jika Ada Kekurangan Selama Berkhidmat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*