Kedai Guntlng Rambut Dan Cuci Kereta Antara Aktiviti Ekonomi Yg Akan Dibenarkan Kembali Beroperasi Di Dalam Fasa 1 Bermula ‘ESOK’..! Ini Syarat Yg Ditetapkan.

PENGUMUMAN kerajaan mengenai kemudahan-kemudahan sektor sosial bagi individu yang telah menerima vksinasi lengkap sedikit-sebanyak memberi kelegaan kepada rkyat negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengumumkan 11 kemudahan sektor perdagangan dan pengedaran Fasa 1 Pelan PemuIihan Negara (PPN).

Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 iaitu:

1. Kedai cuci kereta

2. Kedai eIektrik dan eIektronik

3. Kedai barangan rumah dan peraIatan dapur

4. Kedai perabot

5. Kedai peralatan sukan

6. Kedai aksesori kereta

7. Pusat pengedaran dan jualan kereta

8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja

9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori

10.Kedai barang kemas

11.Kedai gvntlng rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gvntlng rambut asas sahaja)

Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas, serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja). terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi. Ia termasuklah memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan fitting room.

SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan. Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vksinasi C0v1d-19 (digital certificate C0v1d-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vksinasi lengkap.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan kemudahan sektor perdagangan dan pengedaran Fasa 2 PPN, juga berkuatkuasa 16 Ogos 2021.

Kesemua 11 aktiviti ekonomi ini adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula di dalam Fasa 1, bermakna negeri Fasa 2 berpeluang menikmati 22 kemudahan aktiviti ekonomi termasuk 11 yang berikut:

1. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi

2. Kedai barangan terpakai

3. Kedai bunga dan nurseri

4. Kedai kraftangan dan cenderahati

5. Kedai antik

6. Kedai alat permainan

7. Kedai permaidani

8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif

9. Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lainlain)

10.Kedai k0smetik, penjagaan kulit dan minyak wangi

11.Kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik)

Untuk pengetahuan semua, maksud vksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh sntikan dos kedua bagi vksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh sntikan bagi vksin jenis satu dos.

Kredit tgkni, mdiavral

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Kedai Guntlng Rambut Dan Cuci Kereta Antara Aktiviti Ekonomi Yg Akan Dibenarkan Kembali Beroperasi Di Dalam Fasa 1 Bermula ‘ESOK’..! Ini Syarat Yg Ditetapkan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*