“Esok Atau Lusa Saya Umum KeI0nggaran” – PM

PAGOH: Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai keI0nggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada penerima lengkap dua dos vksin sama ada pada esok atau lusa bagi memberi keselesaan kepada rakyat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beberapa keI0nggaran telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum dimuktamadkan tidak lama lagi.

Katanya, antara keI0nggaran yang dipertimbang MKN termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah bagi berjumpa ahli keluarga, makan di premis serta menjalani aktiviti sukan atau sosial tertentu.

“Esok atau lusa saya buat pengumuman, ini yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai yang sudah dapat dua dos, saya pun sudah dapat dua dos tetapi masih tersek4t kerana kita belum lagi umum apa-apa keI0nggaran seperti contoh rentas negeri atau daerah nak jumpa ibu bapa atau suami isteri yang terplsah.

“Itu kita akan pvtuskan sehari atau dua hari dari sekarang, di samping itu sektor-sektor sosial yang orang tunggu juga (iaitu) ‘dine in’ nak duduk bersama keluarga, suami isteri.

“(Bila) kita umum nanti, restoran boleh dibuka dan kedai-kedai lain juga boleh dijadikan tempat untuk kita beli dan berbelanja,” katanya ketika ditemui di Felda Batu 27 Lenga di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh melawat Pusat Pemberian Vksin (PPV) bergerak di penempatan itu di samping menyampaikan barangan basah kepada masyarakat Felda Maokil.

Namun, Muhyiddin mengingatkan meskipun keI0nggaran akan diumumkan, masyarakat masih perlu menyedari bahawa negara masih belum mencapai nilai ambang yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Tetapi saya cuma nak ingatkan kita belum sampai nilai ambang atau imuniti keI0mpok walaupun ada keterbukaan, ini kita nasihat kerana warga kita masih belum divksin 100 peratus.

“Bagaimanapun saya berharap ada keselesaan dan masa untuk masyarakat beriadah, bersukan main tenis, badminton, golf atau pun berkunjung ke gimnasium. Ini semua dipertimbang MKN dan setuju pada dasarnya cuma belum umum,” katanya.

Sumber utusan

Be the first to comment on "“Esok Atau Lusa Saya Umum KeI0nggaran” – PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*