Peminat Lelaki Kcewa, Hati Nur Dhabitah Sudah Dimiliki?

Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan beberapa atlet negara mencvri tmpuan warganet dengan personaliti yang dimiliki, tidak kira sama ada sebelum atau selepas bertanding di temasya tersebut.

Selain ketampanan perenang berwajah ‘oppa’ Welson Sim, nama penerjun negara Nur Dhabitah Sabri juga meIedak di media sosiaI kerana tidak lekang memberikan senyuman kepada para penonton.

Memetik laporan Harian Metro, bagaimanapun segelintir lelaki pasti kcewa apabila mengetahui bahawa atlet berusia 22 tahun itu dikatakan sudah mempunyai kekasih hati.

Pengakuan itu dikongsi menerusi temuramah dengan sebuah stesen radio baru-baru ini, apabila menjawab pertanyaan sama ada senyuman berkenaan sudah ‘dijaga’ oleh seseorang.

“OKlah saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya),” kata atlet berasal dari Kuala Lumpur itu walaupun teragak-agak untuk menjawab.

Memetik laporan Nona tahun lalu, Dhabitah atau mesra dipanggil Bita ada berkongsi foto di laman Instagram ketika sambutan hari Iahirnya di samping teman lelaki yang juga pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC iaitu Azhar Apandi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika mereka masih menjaiin hubungan cinta atau sebaliknya kerana tiada gambar bersama di Instagram masing-masing.

Terdahulu, Dhabitah menamatkan kempen Sukan Olimpik dalam pusingan akhir acara 3 m papan anjal individu apabila berjaya menduduki tempat keempat daripada 12 peserta yang lain.

Sumber: Harian Metro (Hamdan Saaid) , Nona

Kredit OMM

Be the first to comment on "Peminat Lelaki Kcewa, Hati Nur Dhabitah Sudah Dimiliki?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*