“Dalam TV Suruh Pakai Double Mask, Kat Pejabat Kau Tak Pakai?” – Lana Nodin Gesa Dr Noor Hisham Letak Jawatan.

Pelakon Lana Nodin menggesa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan menerusi perkongsian di InstaStory miliknya.

Memetik laporan Astro Gmpak, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin mendkwa Dr Noor Hisham hanya ‘berlakon’ semata-mata dengan berbekalkan wajah kasihan dan keletihan.

Menerusi InstaStory tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu memuat naik sedutan video memaparkan beberapa petugas yang lengkap pakaian perlindungan diri (PPE) dipercayai sedang menguruskan kontena jnazah.

“Tak habis2 buat muka keslan & nangis pen4t tapi semua tu kau berlakon saja”

Bagaimanapun, terdapat salah seorang lelaki berbaju hitam tidak memakai PPE yang disifatkan olehnya seperti ‘seorang pengedar menghantar bekalan roti di kedai’. Menurut Lana, C0v1d-19 kan bhaya?

“Tengok laki baju hitam tu macam pergi hantar roti kat kedai je. Kata bahaya sampai kalau jnazah meningg4I, ahli keluarga tak dapat kebumlkan.
“Yang lain bukan main PPE, nasib baik tak buat drama jtuh pen4t sebab angkat myat pulak. Kalah cerita hindustan. Wake up la, tak habis2 bagi rakyat fear m0ngering,” tulisnya.

Selain itu, Lana turut berkongsi tangkap layar yang diterima menerusi ‘direct message’ (DM) dimana terdapat individu menyokong kenyataan daripada pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

“Saya bersama akak, dah lama perasan something wr0ng”

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkongsi satu lagi tngkap layar seorang pengguna Facebook yang mendkwa tidak diendahkan oleh Dr Noor Hisham ketika terserempak dengan beliau di Pejabat Menteri Kesihatan.

“Dalam TV suruh pakai double mask, kat pejabat kau tak pakai?” – Lana

Sekadar makluman, kes harian C0v1d-19 mencatatkan rekod baharu iaitu sebanyak 17,045 semalam sekali gus menjadikan jumlah kes positif secara keseluruhan mencecah lebih sejuta kes.

Sumber: Astro Gempak , Instagram Lana Nodin

Kredit OMM

Be the first to comment on "“Dalam TV Suruh Pakai Double Mask, Kat Pejabat Kau Tak Pakai?” – Lana Nodin Gesa Dr Noor Hisham Letak Jawatan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*