Polis Tetap Akan Lakukan Siasatan Terhadap Himpunan Aman Doktor ‘Kontrak’, Ini Sebabnya.

Tular di media sosial hari ini apabila para doktor kontrak di hospital mengadakan tunjuk perasaan secara aman di ruangan h0spital setiap negeri.

Himpunan ini dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) tanpa sebarang kekec0han.

Difahamkan, ia dibuat sebagai bantahan kerana tuntutan kumpulan doktor itu untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipenuhi.

Menerusi satu kiriman daripada laman Facebook berkongsi beberapa keping gambar di mana himpunan tersebut dibuat secara aman dan mengikut SOP yang ditetapkan. Kini dengan tandapagar #hartaldoktorkontrak mula ‘trending’ di media sosial.

Dalam mengharungi waktu pandemik ini, kerajaan melantik ramai petugas kesihatan berstatus kontrak untuk menampung keperluan yang diperlukan bagi meIawan C0v1d-19.

Semoga lsu ini dapat diselesaikan secara baik tanpa melibatkan tindakan undang-undang. Petugas kesihatan banyak berjasa kepada orang awam sepanjang tempoh pndemik ini.

Namun, menerusi Astro Awani, Polis Diraja Malaysia akan membuka kertas siasatan mengenai 1su gerakan Hartal Doktor ‘Kontrak’ susulan ada perhimpunan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di H0spital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Ketua Polis Dang Wangi, Assisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam tempoh PKP tiada siapa yang dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam sebarang perhimpunan.

Jelasnya, pihak polis akan membuka kertas siasatan kerana dalam tempoh PKP tiada sesiapapun dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam apa jua perhimpunan di mana-mana tempat dan apa jua maksud.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata Sama ada keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan atau kebudayaan tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah kesihatan sepertimana yang terkandung di bawah Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencgahan dan Pengawalan Penyaklt Berjngkit (PPPPB) (Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak keluar beramai-ramai dari fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja di seluruh negara tepat pukul 11 pagi Isnin sebagai bntahan kerana tuntutan mereka untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipenuhi.

Usah ambil tindakan doktor protes – CUEPACS

KUALA LUMPUR: CUEPACS merayu pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tatatertib atau perundangan yang boleh memberi kesan kepada khidmat doktor kontrak menyertai perhimpunan hartaI atau m0g0k, hari ini.

Presidennya, Adnan Mat berkata, perhimpunan aman dianjurkan gerakan itu tidak menjejaskan operasi perkhidmatan di fasiliti kesihatan di seluruh negara kerana hanya membabitkan doktor kontrak sedang berehat dan bercuti.

Sebaliknya, beliau berkata, doktor kontrak terbabit perlu diberi peluang sewajarnya, memandangkan perkhidmatan mereka amat diperlukan ketika negara sedang berdepan pndemik C0V1D-19.

“CUEPACS berharap kerajaan segera menyelesaikan masaIah dihadapi doktor kontrak, membabitkan penempatan khususnya daripada aspek keseluruhan sistem dan struktur bidang kesihatan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, ratusan doktor kontrak di setiap h0spital di seluruh negara menyertai perhimpunan aman Gerakan Hartal Doktor K0ntrak bagi mengetengahkan beberapa tuntutan kepada kerajaan.

Perhimpunan berkenaan berlaku serentak di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara itu mendes4k kerajaan menyerap doktor kontrak menjadi pengamal perubatan tetap di KKM.

Sesetengah doktor kontrak terbabit dikatakan meninggalkan fasiliti kesihatan, manakala sebahagian lagi yang masih bertugas menunjukkan solidariti dengan mempamerkan plakad, pada jam 10.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, masih kelihatan doktor kontrak yang menyertai bntahan aman kira-kira 30 minit itu meneruskan tugasan mereka merawat dan mengendalikan pesaklt.

Adnan berkata, CUEPACS pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan dilakukan kumpulan terbabit kerana khuatir boleh menjejaskan operasi perkhidmatan kesihatan ketika ini, tetapi menghormati suara dibawa mereka.

“Berikan tempoh masa jelas terhadap usaha akan dilakukan kerajaan melalui pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Kerajaan juga perlu melihat semula penempatan doktor yang bukan pada skop dan fungsi asalnya.

“Ketika ini terdapat doktor bertugas di bahagian pengurusan untuk laksana kerja pentadbiran dan kewangan, sedangkan kepakaran mereka adalah di bahagian perubatan dan perkhidmatan kesihatan.

“Selain itu, doktor muda yang sudah bergelar pakar di hospital krjaan perlu terus komited berkhidmat di sektor kerajaan setelah menyambung pengajian melalui kemudahan disediakan krajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan berharap, kerajaan dapat membuka ruang bagi doktor terbabit melanjutkan bidang kepakaran di intitusi diiktiraf kerajaan tanpa hanya memberi fokus sama ada sudah berkhidmat di h0spital kerajaan saja.

“Dasar sekarang sudah menutup peluang doktor muda untuk menyambung bidang kepakaran jika tidak berkhidmat di sektor kerajaan. Disebabkan dasar itulah ada des4kan untuk doktor muda ini mendapat jawatan tetap bagi tujuan sambung belajar.

“Dasar ini boleh diubah sebagaimana Skim Pegawai Farmasi dan Skim Pegawai Pergigian yang boleh sambung belajar tanpa melalui KKM.

“H0spital swasta juga boleh mengambil tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi doktor muda menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi memandangkan kepakarannya juga diperlukan hospital swasta,” katanya.

Sumber: Medic Mesir dan Astro Awani via tsgt

Be the first to comment on "Polis Tetap Akan Lakukan Siasatan Terhadap Himpunan Aman Doktor ‘Kontrak’, Ini Sebabnya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*