Wanita Tanpa Mahr4m Dibenarkan Untuk Tvnai Haji – Arab Saudi

Dalam tiga pakej yang diluluskan untuk haji tahun ini, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa orang ramai sudah boleh mendaftar secara dalam talian untuk menunaikan haji termasuklah wanita tanpa mahram.

Wanita tanpa mahram dibenarkan untuk mendaftar dan menunaikannya bersama kumpulan jemaah wanita lain.

Tiga pakej yang diperkenalkan adalah pakej asas, pertengahan dan premium dengan harga masing-masing berjumlah RM12,388.77, RM15,895.44 dan RM18,303.26 tidak termasuk Cuk@i Nilai Tambah (VAT).

Untuk tahun 2021, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa 60,00 jemaah sahaja diizinkan untuk menunaikan haji tahun ini dan tidak membenarkan kehadiran jemaah negara luar termasuk Malaysia untuk datang menunaikan haji.

Kebenaran hanya dihadkan untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada di sana sahaja susulan daripada situasi pandemik yang masih memb!mbangkan di seluruh dunia.

Malah kapasiti yang dibenarkan untuk ke lokasi hanya 20 orang jemaah bagi setiap kenderaan.

Jemaah akan dibekalkan dengan tiga makanan setiap hari di Mina dan dua makanan (sarapan dan makan tengah hari) di Arafat dan diberi makan malam di Muzdalifah.

Perkhidmatan makanan dan minuman lain akan disediakan tetapi jemaah tidak dibenarkan untuk membawa makanan dari luar Mekah.

Antara sy@rat yang dikenakan:

  1. Tidak menunaikan haji dalam lima tahun terakhir
  2. Bebas daripada sebarang peny@kit kr0nik
  3. Tidak dijngkiti C0VID-19
  4. Tidak dimasukkan ke h0spital kerana peny@kit kr0nik atau rawatan dialisis dalam enam bulan terakhir
  5. Berumur antara 18-65 tahun

Menurut Kementerian Haji, keputusan ini dibuat berdasarkan kesungguhan ker@jaan untuk memungkin para tamu dan pengunjung di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melakukan ibadat Haji dan Umrah.

Pendaftaran boleh dilakukan di: http://localhaj.haj.gov.sa/

Be the first to comment on "Wanita Tanpa Mahr4m Dibenarkan Untuk Tvnai Haji – Arab Saudi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*