Teknik Memilih Kentang Terbaik.

Kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat yang dapat menggantikan nasi. Kentang mudah disediakan dan diolah menjadi pelbagai masakan. Kandungan karbohidrat yang terdapat dalam kentang mampu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.
Pemilihan kentang yang terbaik adalah penting bagi menghasilkan masakan yang sedap dan berkhasiat. Beberapa teknik memilih kentang adalah seperti berikut:

1. Permukaan kulit kentang

Pilih kentang yang permukaan kulitnya kelihatan licin dan tidak beralun. Pastikan permukaan kentang juga tidak berlubang atau merekah. Rasa kentang berkulit licin ini kebiasaannya lebih manis berbanding kentang kulit kasar.

2. Warna kulit kentang

Pilih kentang yang bewarna kuning muda. Elakkan memilih kentang yang kulit warna hijau. Kebiasaannya kentang ini berasa pahit dan mengandungi racun yang boleh menyebabkan skit perut apabila dimakan. Elakkan juga memilih kentang yangbtelah bertunas.

3. Saiz kentang

Pilih kentang mengikut jenis masakan yang akan disediakan. Jika hendak membuat kerepek, pilih kentang bersaiz besar. Namun jika hendak membuat kentang bakar, pilihlah kentang bersaiz kecil yang rasanya pasti lebih manis dan lazat.

4. Berat kentang

Pilih kentang yang berat dan padat. Kebiasaannya kentang ringan dan lembik mungkin telah lama dan akan cepat busuk.

5. Simpan kentang

Elakkan menyimpan kentang yang dibeli di dalam plastik. Sebaliknya simpan dalam bekas yang tidak tersedah kepada cahaya matahari.

Oleh itu, pilihan kentang yang terbaik pasti akan menghasilkan masakan yang sedap dan segar. Sebaiknya rancang menu yang akan dimasak menggunakan kentang bagi memastikan pembelian kentang adalah mengikut keperluan.

Be the first to comment on "Teknik Memilih Kentang Terbaik."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*