Tip Memilih Ayam Segar.

Ayam mudah disediakan dan sesuai dimasak pelbagai menu seperti goreng, kukus, sup, kari dan pelbagai lagi masakan. Pemilihan ayam yang segar adalah penting bagi memastikan masakan yang dimasak adalah sedap dan tidak berlakunya keracunan makanan.
Menu masakan berasaskan ayam juga boleh diterima oleh kebanyakan orang terutamanya golongan kanak-kanak. Selain itu, harganya juga mampu dibeli untuk dijadikan sebagai sumber protein di dalam diet seharian. Beberapa tip asas memilih ayam segar adalah seperti berikut:

1. Pilih ayam segar  melalui warna daging ayam

Perhatikan warna daging ayam di semua bahagian termasuk di celah peha dan kepak ayam. Daging ayam segar kelihatan warna kemerahan manakala ayam tidak segar  bewarna pucat atau kekuningan. Ini kerana ayam tidak segar berkenaan mungkin telah lama disimpan dan dibekukan berulang kali.

2. Pilih ayam segar  melalui tekstur daging ayam

Cuba sentuh dan tekan permukaan daging ayam. Anda akan mendapati bahawa tekstur daging ayam segar akan rasa kenyal apabila ditekan dengan jari. Manakala daging ayam tidak segar akan tenggelam dan kelihatan lekuk apabila ditekan.

3. Pilih ayam segar melalui deria bau anda

Ayam segar kebiasaannya tidak berbau busuk atau hanyir. Manakala ayam tidak segar akan berbau busuk dan hanyir. Ayam berbau ini tidak selamat untuk dimakan kerana mungkin mengandungi kuman yang akan menyebabkan ker4cunan makanan.

4. Pilih ayam segar melalui pemerhatian pada bahagian tulang ayam

Jika ayam tidak segar, terdapat banyak darah ayam pada bahagian tulang ayam. Ini kerana mungkin ayam berkenaan telah dibeku dan dinyah beku beberapa kali.

 

5. Pilih ayam segar melalui pemerhatian pada bahagian bontot ayam

Perhatikan warna bontot ayam. Jika bontot putih, ayam berkenaan telah diproses selepas ianya betul-betul mati dismbeIih dengan sempurna. Ayam yang bontotnya kelihatan merah kebiasaannya diproses sebelum ia m4ti, misalnya yang telah dicabut bulunya ketika ia masih hidup. Manakala jika b0ntotbayam kelihatan bewarna kebiruan, ayam berkenaan m4ti sebelum ia dismbeIih (telah menjadi bangkai).

Oleh itu, semoga teknik pemilihan ayam segar ini dapat menjadi asas di dalam pemilihan ayam segar yang terbaik. Jangan ragu untuk membuang ayam yang telah busuk kerana ia akan membahayakan kesihatan serta menyebabkan ker4cunan makanan jika dimasak dan dimakan.
Kredit tipspetua

Be the first to comment on "Tip Memilih Ayam Segar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*