Tak Ada Duit Nak Sambut Birthday Bapa, Tapi Usaha Anak Ini Bikin Ramai Tersentuh

Sudah menjadi satu trend dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun luar negara, setiap kali apabila menjelangnya hari keIahiran pasti akan mengadakan sambutan secara kecil-kecilan ataupun besar-besaran. Akan tetapi ianya bergntung kepada bajet seseorang itu.

Tetapi lain pula ceritanya apabila kanak-kanak dari Filipina ini telah menggunakan beg plastik untuk dijadikan sebagai ‘belon’ bagi menyambut hari keIahiran bapa tercinta.

Nak buat kjutan hari jadi bapa

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Melody Silang menceritakan tentang inisiatif jirannya yang menggunakan beg plastik untuk dijadikan sebagai belon. Menurut individu ini, kanak-kanak itu mahu membuat kejutan sempena hari jadi bapanya tetapi dalam masa yang sama tidak mampu untuk membeli belon bagi menghiasi ruangan di rumah mereka.

Oleh itu, adik-beradik ini telah meniup beg plastik untuk dijadikan sebagai belon sebelum digntung sempena kejutan hari Iahir bapa mereka.

Mereka merancang mahu memberi kjutan hari jadi kepada ayah bila dia pulang dari kerja.

Mereka telah menulis ‘Happy Birthday Papa’ pada ‘belon’ tersebut. Kanak-kanak ini juga memaklumkan mereka tidak mempunyai wang untuk membeli kek. Oleh itu, mereka telah membuat sendiri ‘kek telur’ untuk bapa tercinta.

Ada individu beri sumbangan

Melody mengakui usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak ini sangat menyentuh hati. Hal ini kerana, walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan tetapi mereka tetap berusaha mahu menggembirakan insan tersayang. Di posting terbaru, Melody memaklumkan ada insan yang bermurah hati telah memberikan sumbangan seperti kek dan minuman kepada keluarga ini.

Di ruangan komen juga, ramai ntizen meluahkan rasa simpati dan dalam masa yang sama terharu melihat usaha kanak-kanak ini.

Gembirakan Hati Orang Tua Mu

Sesuatu perkara itu mungkin dianggap remeh. Namun jika ia menggembirakan hati ibu bapa, apa saIahnya ia dilakukan. Ketahuilah besarnya penghargaan Allah SWT terhadap orang yang menyenangkan hati ibu bapanya.

Ibu Bapa Sudah Banyak Menggembirakan Hdup Kita

Saat kita diIahirkan, ibu dan ayah merupakan orang pertama yang bergembira dengan keIahiran kita. Ibu tersenyum bahagia walau sakit dan luka masih dideritainya. Wajah ayah berseri-seri mengkhabarkan kepada keluarga dan sanak-saudara tentang kegembiraannya. Semua orang tumpang gembira dengan rezeki berharga yang melimpah dalam hdupnya berupa seorang anak.

Setiap hari ibu bapa mengacah kita dengan mesra dan manja, uslkan dan perhatian mereka amat bermakna dan menggembirakan kita saat itu. Mereka menggembirakan lagi kita dengan mengajar berjalan, membelikan pakaian dan permainan baru serta membeli pelbagai barang yang kita inginkan.

Mereka juga menggembirakan kita dengan mengajar mengaji al-Quran, menghantar ke sekolah, mengajak bersiar-siar, balik ke kampung dan sebagainya. Mereka berk0rban dan bersusah payah untuk memastikan kita hidup sempurna dan cukup keperluannya. Kita gembira bermain, berlari dan berkejaran dengan kawan-kawan sehingga kita semakin membesar dan dewasa.

Apakah balasan kita terhadap lnsan yang terlalu banyak menggembirakan hidup kita itu?

Adakah kita turut membahagiakan hidup mereka?

Atau hanya membent4ngkan masaIah demi masaIah terhadap mereka?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:-

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendes4kmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Aku jua tempat kembali kamu semuanya. Kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan.” (surah al-Ankabut 29:8)

Sumber: Melody SaiIang via tsgt

Be the first to comment on "Tak Ada Duit Nak Sambut Birthday Bapa, Tapi Usaha Anak Ini Bikin Ramai Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*