“Ni Baru Betul Hantaran RM10,000” – Gadis Cantik Tebar Roti Canai Satu Tangan Buat Ramai Terpesona..!

Kebiasaannya, kerja menebar roti canai sering dikaitkan dengan golongan lelaki. Hal tersebut kerana ia perlu menggunakan tenaga yang banyak bagi memenuhi permintaan para pelanggan setiap hari.

Bagaimanapun, seiring peredaran masa, sudah ramai wanita memiliki kemahiran menyediakan juadah sarapan dikenali ramai itu.

Siapa sangka di sebalik wajah cantik dan jari-jemari halus, seorang gadis berasal dari Cherating, Pahang mampu melakukan kerja tersebut.

Aksi menebar roti canai pemilik nama Isya itu berjaya mencur1 tmpuan ramai menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok baru-baru ini.

Menerusi rakaman berdurasi dua puluh saat itu, gadis berkenaan bukan saja tidak kek0k menjadi penebar roti canai di kedai makan, tetapi dia juga kelihatan yakin apabila menunjukkan skil istimewa tebar roti canai menggunakan sebelah tangan sahaja.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ntizen memberi reaksi teruja dan terpikat dengan kemahiran dimilikinya.

Mereka sempat juga berseloroh berbaloi memberi hantaran mahal untuknya.

Sumber: TikTok @ig.its_isyasssss/ ohmymedia. Via tgkni

Be the first to comment on "“Ni Baru Betul Hantaran RM10,000” – Gadis Cantik Tebar Roti Canai Satu Tangan Buat Ramai Terpesona..!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*