Al-Fatihah, Makcik Petlr Sudah Tiada…

PEMINAT drama tempatan dikjutkan dengan berita sedlh berhubung pemergian pelakon veteran, Noryati Taib kira-kira pukul 2 pagi Rabu.

Noryati yang lebih dikenali sebagai Makcik Petir dalam kalangan peminat drama lakonannya men1nggl dnia pada usia 63 tahun.

Berita berkenaan disahkan anak saudaranya yang juga pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan sapaan Budak Ijat menerusi perkongsian di Instagram.

Sudi apalah kiranya dapat hadiahkan Al-fatihah untuk Noryati Taib.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

“Dukacita nak bagitahu semua mak saudara saya, Mak Uda Yati atau Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghmbuskan nfas terakhirnya pukul 2 pagi tadi.

“Bagi semua peminat Mak Uda Yati marilah kita sama-sama doakan agar r0h beliau dirahmati Allah, dihimpunkan beliau dalam kalangan mereka yg soleh.

“Sudi apalah kiranya dapat hadiahkan Al-fatihah untuk Noryati Taib. Semoga Allah memberikan keku4tan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini,” katanya.

Berita itu disahkan oleh Shahrulezad di Instagram miliknya.

Noryati turut dikenali dengan gelaran Makcik Marry popular menerusi drama Sindarela, Syurgamu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.

Pemergian Noryati turut ditangisi rakan-rakan selebriti yang turut berkongsikan gambar kenangan dan momen ketika sama-sama bekerja dalam sesebuah produksi.

Sumber: mStar/tgler

Be the first to comment on "Al-Fatihah, Makcik Petlr Sudah Tiada…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*